Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Shuib, Siti Sarah Selamat...

TAHNIAH diucapkan kepada penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang selamat melahirkan anak ketiganya, pada Jumaat...

Akhbar Mohon Maaf Dakwa...

Sebuah akhbar di Norway, Aftenposten terpaksa meminta maaf kepada pembaca selepas menerbitkan berita...

Mati Ditembak Kekasih Lepas...

SEORANG wanita muda dari Arkansas, Amerika Syarikat ditemui mati beberapa jam selepas dia...

Suntik Vaksin Influenza Setahun...

KUALA LUMPUR - Pengambilan suntikan influenza sekali dalam tempoh setahun boleh mewujudkan ‘imuniti...

Mahkamah Rayuan Batalkan Saman Waris Penumpang MH370

PUTRAJAYA – Malaysia Airlines Berhad (MAB) berjaya dalam rayuannya untuk membatalkan saman yang difailkan tiga waris penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang lebih dua tahun lepas.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Rohana Yusuf hari ini menggugurkan MAB sebagai defendan dalam kes saman yang difailkan oleh anak dan ibu bapa kepada Tan Ah Meng, 46, dan isteri, Chuang Hsiu Ling @ Cindy Chuang, 45.

Pasangan itu dan anak sulung mereka, Tan Wei Chew, 19, antara 239 penumpang dan anak kapal penerbangan MH370 apabila pesawat malang itu hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Berikutan keputusan itu, satu-satunya defendan yang kekal dalam tuntutan saman itu adalah Malaysia Airlines System Berhad (MAS).

Kecuali MAS, empat lagi pihak yang dinamakan sebagai defendan dalam kes saman itu telah memohon di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman berkenaan.

Kerajaan Malaysia, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia berjaya dalam permohonan mereka pada 30 Mac lepas, untuk membatalkan saman itu.

Bagaimanapun MAB gagal dalam permohonannya untuk membatalkan saman itu.
Bagaimanapun, keluarga kepada pasangan itu sedang merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut dan pendengaran rayuan mereka ditetapkan pada 27 Okt di Mahkamah Rayuan.

Rohana, ketika membenarkan rayuan MAB hari ini, berkata mahkamah bersetuju dengan hujah-hujah yang dibangkitkan peguam MAB, Logan Sabapathy dan beliau juga menganugerahkan ganti rugi berjumlah RM8,000 kepada MAB.

Logan berhujah MAB tidak boleh dinamakan sebagai defendan dalam tuntutan saman itu kerana berdasarkan perintah letak hak di bawah Akta MAS yang menyatakan bahawa tanggungan MAS yang dipindahkan ke MAB tidak termasuk tuntutan saman ke atas MH370 dan MH17. Penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai, 2014.


MAB diperbadankan pada 7 Nov 2014, sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula yang menyaksikan syarikat penerbangan negara itu bertukar tangan daripada MAS kepada MAB.

Peguam Sangeet Kaur Deo, yang mewakili keluarga itu berhujah MAB seharusnya dikekalkan sebagai defendan dalam kes saman berkenaan kerana penubuhan MAB adalah untuk mengambil alih keseluruhan operasi MAS.

Beliau (Sangeet Kaur) berkata hakikat bahawa MAB ditubuhkan hanya selepas insiden yang menimpa MH370, tidak menghalang MAB daripada liabiliti itu.

Lima anggota keluarga berkenaan termasuk anak pasangan berkenaan, Tan Wei Hong, 16; dan Tan Wei Jie, 14; ibu bapa Ah Meng iaitu Tan Hun Khong, 85; dan Lai Chew Lai, 83; dan ibu kepada Hsiu Ling, Chuang Hung Chien, 76; memfailkan saman itu untuk menuntut ganti rugi atas kehilangan anggota keluarga mereka.

Sangeet Kaur memberitahu pemberita mereka sedang mempertimbangkan untuk membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan.

MAB turut diwakili peguam Sanjeev Kumar Rasiah. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH370

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori