Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Penting Miliki Peraturan Sesuai...

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu memiliki peraturan yang sesuai untuk menjimat air menerusi...

Masih Tidak Serik Setelah...

BESUT - Seorang lelaki yang dibebaskan dari penjara April lalu kerana memiliki dadah,...

Malaysia Perlu Lebih Ramai...

PUTRAJAYA - Malaysia memerlukan lebih ramai pakar untuk pengurusan data sempurna dan sistematik...

Repatriasi: Singapura Zahir Penghargaan...

SINGAPURA -  Kerajaan Singapura hari ini menzahirkan penghargaan kepada Malaysia dan Kedutaan Malaysia...

Malaysia Berhasrat Teroka Pasaran Kayu Gaharu

PUTRAJAYA – Malaysia berminat untuk meneroka pasaran kayu gaharu yang lumayan memandangkan ia berpotensi memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata kayu gaharu adalah kayu bernilai tinggi serta digunakan dalam perubatan dan minyak wangi.

“Perdagangan antarabangsa kayu gaharu melibatkan ratusan tan yang bernilai jutaan dolar Amerika Syarikat setiap tahun,” kata beliau pada Simposium Saintifik Antarabangsa Kedua mengenai Kayu Gaharu (ISSA 2016) di sini hari ini.

Wan Junaidi berkata Institut Penyelidikan Hutan Malaysia, agensi di bawah kementeriannya, menjalankan penyelidikan, pembangunan secara aktif dan pengkomersilan kayu gaharu serta keperluan industri bagi menentukan langkah untuk memajukan industri tersebut.


“Perdagangan dan perniagaan kayu gaharu yang menghasilkan produk bermanfaat kepada pengguna juga mewujudkan pekerjaan yang menyokong mata pencarian penduduk di kawasan bandar dan luar bandar,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori