Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Remaja Perempuan Dirogol Bapa,...

MELAKA - Derita seorang remaja perempuan yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan liwat...

Terdapat Keperluan Mendesak Untuk...

KUALA LUMPUR - Terdapat keperluan mendesak untuk kerajaan melonggarkan syarat pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang...

REZEKI.. Fenomena Aneh Kerang...

MARANG - Ratusan penduduk berpesta mengutip ribuan kerang yang terdampar di sepanjang pantai...

Kejar Penunggang Motosikal Punya...

SEJAK semalam, beberapa keping gambar yang menunjukkan sebuah kenderaan peronda Jabatan Pengangkutan Jalan...

Malaysia Boikot Pengebumian Bekas Presiden Rejim Israel

TEL AVIV – Upacara pengebumian rasmi mantan Presiden rejim Israel, Shimon Peres berlangsung di Baitulmaqdis dekat sini pada Jumaat dalam kawalan keselamatan yang amat ketat.

Majlis itu hanya dihadiri kenamaan asing dari sekitar 70 buah negara termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan penyandang jawatan sebelumnya, Bill Clinton lengkap memakai kopiah kecil Yahudi, kippah.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah presiden atau pemimpin kerajaan beberapa negara sahabat Israel antaranya Perancis, Jerman, Luxembourg, Ukraine, Lithuania, Serbia, Romania, Singapura, Mexico, Ivory Coast dan Togo.

Britain pula; yang terlibat secara langsung dalam pembentukan negara haram Yahudi Zionis itu pada 1948, juga hadir diwakili pewaris diraja, Putera Charles selain dua bekas perdana menteri, Tony Blair dan David Cameron.

Presiden Israel, Reuven Rivlin dan Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu antara tetamu kehormat selain anak mendiang iaitu Tsvia Walden, Yoni dan Chemi yang hadir di Tanah Perkuburan Nasional Gunung Herzl, Jerusalem.

Baca: Bekas Presiden Israel Maut Dalam Usia 93 Tahun

peres1
Shimon Peres

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas hadir kerana kebetulan mendiang menerima Anugerah Nobel Keamanan pada 1994 dengan bekas pemimpin Palestin, allahyarham Yasser Arafat susulan pemeteraian Perjanjian Damai Oslo.

Bagaimanapun di sebalik kedatangan Mahmoud, kebanyakan negara Arab dan Islam langsung tidak hadir atau sekadar menghantar wakil sebagai tanda bantahan keras atas kekejaman rejim Israel menindas rakyat Palestin.

Kaherah dan Amman, dua jiran Tel Aviv yang mempunyai hubungan diplomatik; sekadar mengirim ke majlis itu masing-masing ialah menteri luar Mesir, Sameh Shoukry dan timbalan perdana menteri Jordan, Jawad Anani.

Pemimpin Malaysia dan jirannya, Indonesia yang merupakan negara paling ramai umat Islam di dunia selain Arab Saudi, sebagai penjaga Kota Tanah Suci Masjidil Haram Makkah dan Masjid Nabawi Madinah; sah tidak hadir.

Selain tiga negara ini yang dianggap tegar anti-Israel, terdapat 19 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) lain turut keras pendirian enggan mengiktiraf kewujudan politik negara haram Yahudi itu sejak sekian lama.


peres2

Mereka ialah Algeria, Bahrain, Brunei, Bangladesh, Pakistan, Oman, Kuwait, UAE, Djibouti, Somalia, Sudan, Syria, Lubnan, Libya, Tunisia, Iran, Iraq, Yaman dan Qatar apabila tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

Upacara pengebumian mendiang Peres, yang turut pernah menjadi perdana menteri Israel; berlangsung di bawah kawalan amat ketat. Sekitar 8,000 anggota keselamatan rejim dikerah dan banyak jalan raya langsung ditutup.

Dianggarkan 50,000 orang awam hadir memberikan penghormatan terakhir mereka semasa kerandanya yang dibalut bendera negara diletakkan penuh hormat di luar Knesset atau bangunan Parlimen Israel di sini semalam.

Mendiang pernah dipilih sebagai Ahli Parlimen Israel pada 1959 dan karier politik dirinya mampu bertahan selama 48 tahun; sekali gus melakar sejarah menjadi wakil rakyat bagi tempoh paling lama dalam sejarah moden Israel.

Peres atau nama kelahirannya, Syzmon Perski, yang berhijrah pada 1934 dari Poland ke Palestin; maut awal Rabu lalu dalam usia 93 tahun selepas lama menderita diserang penyakit angin ahmar. - Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori