Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

PAS Pertaruh Calon Muda...

KOTA BHARU - PAS meletakkan calon muda bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri...

Serangan Bom: Tentera Thai...

PATTANI - Tentera Thailand menahan reman dua pemandu ambulans yang digunakan dalam serangan...

Shaheizy Sam Tak Tahu...

SHAHEIZY Sam bankrap? Apa cerita pula ni? Satu notis kebankrapan telah dikeluarkan terhadap Sam...

Resepi Mangga Asam Boi...

Pasti anda terliur melihat gambar resepi kali ini gara-gara dapat membayangkan keenakan dan...

Malaysia Pantau Serangan Kubu Kuat Daesh Di Iraq

KUALA LUMPUR – Malaysia memantau rapat serangan tentera bersekutu diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap kubu kuat Daesh di Mosul, Iraq, bermula hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia berikutan adanya kemungkinan anggota kumpulan militan itu pulang ke negara asal atau mencari perlindungan di negara tertentu susulan tindakan tersebut.

“Kita telah arahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melihat perkembangan di sana…kita bimbang kalau sekiranya (tindakan) ofensif itu berjaya, bermakna ramai yang terlibat (Daesh) di Syria dan Iraq mungkin membuat perancangan balik ke negara asal atau lari ke kawasan tertentu.

“Jumlah mereka bukan kecil. Mereka mungkin melarikan diri dan kita mesti mengambil tindakan yang proaktif,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Media melaporkan Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi mengumumkan serangan tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat bermula hari ini bagi menawan semula pusat pemerintahan Daesh di Mosul.


Hishammuddin berkata Malaysia juga mahu memperkukuh perkongsian maklumat mengenai ancaman Daesh dengan Amerika Syarikat, Perancis dan Turki.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan pada Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Amerika Syarikat di Hawaii, baru-baru ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori