Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Gambar: Obses Dengan Pil...

GARA-GARA stres diejek gemuk oleh orang sekeliling, Amber Girling, 20, berasa terlalu rendah...

Croatia Iringi Perancis Ke...

CROATIA mara ke final Piala Dunia buat kali pertama selepas mengejutkan England 2-1...

Mawar Nafi Kenal, Hutang...

KUALA LUMPUR : Usahawan Mawar Abdul Karim menafikan mengenali atau pernah berurusan dengan...

Ramai Benci ‘Roza’ Dayana...

WAJAH pelakon Dayana Roza sering dilihat melakonkan watak wanita yang selalu dianiaya tetapi...

Manfaatkan Seni Tonjolkan Perlis Di Persada Luar

ARAU – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu memanfaatkan hasil seni yang menonjolkan keistimewaan negeri ini dipertingkat sehingga ke persada antarabangsa.

Baginda bertitah hasil seni sama ada dalam bentuk seni visual, persembahan, kraf dan seumpamanya berpotensi diketengahkan sebagai signifikasi unik yang diwarisi di negeri ini.

“Ia juga boleh diperluas menjadi konsep aktiviti bersama komuniti, memartabatkan seni dan apresiasi seni berunsurkan alam semula jadi yang merangkumi sejarah Perlis, sosiobudaya masyarakat serta tempat-tempat menarik untuk dilawati,” titah baginda.

Raja Muda bertitah sewaktu merasmikan program Fiesta Seni 2016 “Perlis Permai Lagi Mempesona” di Galeri Seni Lukis Negeri, anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis Cawangan Simpang Empat di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Menurut baginda program diadakan berkenaan dapat menjadi platform kepada peminat seni serta generasi baharu untuk berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan berkaitan seni dengan berkonsepkan aktiviti bersama komuniti.


Pelbagai pertandingan dan pameran kesenian penduduk tempatan diadakan sempena program itu, antaranya pertandingan fotografi, masakan nasi ulam dan pertandingan anyaman sarung cempedak.

Pada majlis itu, baginda selaku Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) menerima sebuah lukisan Pameran Arau 1 dari Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) serta melancarkan Kamus Dialek Perlis Edisi Ke-2 sebelum melawat gerai pameran.

Selain itu, baginda berharap galeri seni berkenaan mampu berfungsi menjadi pusat pengumpulan karya-karya seni dari dalam mahupun luar negeri serta boleh dijadikan lokasi pameran solo pelukis mempromosi hasil karya mereka dan berkongsi idea.

Harapan kita supaya galeri ini menjadi tempat menjalinkan kerjasama serantau antara pelukis negeri dan luar negara untuk berkongsi idea dan aktiviti dalam bidang ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori