Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Strategi Kuasa Asing Rakyat...

KUALA LUMPUR - Tindakan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat membuat kenyataan mengenai 1Malaysia...

PRN Johor: Mohd Izhar...

JOHOR BAHRU: Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Datuk Mohd Izhar...

Masyarakat Perlu Tahu ‘Dosa’...

KUALA LUMPUR - Penulis buku veteran, Syed Hussein Al-Attas menyifatkan buku ditulisnya mengenai...

Belgium Ucap ‘Sayonara’ Pada...

MOSCOW: Belgium bangkit ketinggalan dua gol untuk menewaskan Jepun 3-2 dalam masa kecederaan...

Mangsa Air Pasang Di Kota Kuala Muda Kekal 94 Orang

SUNGAI PETANI – Jumlah mangsa banjir akibat fenomena air pasang besar di empat pusat pemindahan di Kota Kuala Muda dekat sini, hari ini, kekal 94 mangsa daripada 27 keluarga.

Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Lt. Muda Pertahanan Awam Azahar Ahmad berkata sehingga 9 pagi ini, mangsa dari Kampung Sungai Meriam yang berada di pusat pemindahan rumah pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Meriam, kekal 21 mangsa daripada enam keluarga.

“Sementara 29 mangsa daripada 12 keluarga dari Kampung Masjid, Kampung Hujung Matang dan Kampung Padang Salim, masih berada di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kuala,” katanya kepada Bernama.

Katanya, sebanyak 20 mangsa daripada empat keluarga dari Kampung Paya pula, masih ditempatkan di pusat pemindahan dewan Kampung Paya.


“Pusat pemindahan dewan Masjid Haji Yusof Bukit Kecil, menempatkan sebanyak 24 mangsa daripada lima keluarga yang berasal dari Kampung Sungai Yu,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori