Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Nelayan Dibebas Terhutang Budi...

SEPANG – Nelayan dari Malaysia yang tiba di tanah air hari ini, setelah...

ECRL Dijangka Tingkat KDNK...

KUALA LUMPUR - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka akan meningkatkan Keluaran...

SPRM Kelantan Pantau Beberapa...

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan sedang memantau beberapa ahli...

ADUN PH Hilang Keyakinan...

MELAKA TENGAH - PAS Melaka mendakwa ada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

Masa Kerja Fleksibel Atasi Kesesakan Lalu Lintas

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Pengaturan Kerja Fleksibel (FWA) patut digalakkan di organisasi di bandar-bandar besar kerana ia mampu mengatasi masalah pekerja berada terlalu lama dalam kesesakan lalu lintas serta dapat meningkatkan produktiviti.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan berkata FWA sebenarnya tidak menjejaskan produktiviti, kerana masa dan hari bekerja mengikut kesesuaian pekerja dan keperluan majikan.

“FWA sangat diperlukan kerana seseorang pekerja di bandar besar menghabiskan masa antara dua hingga tiga jam setiap hari untuk pergi dan balik akibat kesesakan lalu lintas…FWA adalah penyelesaian terbaik,” katanya kepada Bernama.

Shamsuddin berkata kesedaran syarikat tempatan terhadap amalan FWA masih rendah berbanding di negara maju kerana banyak majikan masih keliru dengan amalan itu.

“Majikan berpendapat syarikat mereka akan rugi berikutan waktu bekerja yang berbeza dan ini menyebabkan tahap produktiviti menurun tetapi pada hakikatnya tanggapan mereka tidak berasas kerana FWA tidak bermakna waktu bekerja dan produkitiviti seorang pekerja berkurangan,” katanya, sambil menambah FWA juga dapat membantu negara mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Penggunaan FWA bagi sektor pekerjaan tertentu juga sesuai bagi golongan warga emas dan pesara di mana secara tidak langsung ia juga membantu mengurangkan tenaga kerja asing.

Beliau berkata FWA juga akan mengekalkan pekerja wanita yang telah lama berkhidmat kerana kebanyakan mereka cenderung untuk berhenti kerja atas beberapa sebab antaranya komitmen terhadap keluarga serta kos yang tinggi untuk pergi dan balik kerja.

“Tenaga kerja wanita di Malaysia masih rendah, sekitar 53.6 peratus sahaja berbanding jumlah kemasukan wanita ke institusi pengajian tinggi yang melebihi 63.5 peratus,” katanya.

Selain itu, Shamsuddin berkata ramai wanita memilih menjadi suri rumah sepenuh masa kerana kos menjaga anak dan mengupah pembantu rumah sekarang tinggi selain mereka juga mahu meluangkan lebih masa untuk menjaga ibu dan bapa yang sudah tua.


“Kebergantungan negara kepada pekerja wanita warga asing dapat dikurangkan sekiranya Malaysia mampu meningkatkan sehingga 60 peratus atau kepada satu juta
penyertaan wanita di pasaran buruh, iaitu kadar di negara maju dan negara ASEAN lain,” kata Shamsuddin

Bagaimanapun, Shamsuddin berkata bagi memastikan pelaksanaan FWA berjalan lancar, pindaan terhadap Akta Kerja 1955 juga perlu dipertimbangkan kerana waktu kerja di Malaysia sekarang terikat kepada akta itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) N. Gopal Kishnam berkata semua pihak berkepentingan perlu mengadakan perbincangan dan kajian secara mendalam sebelum ia boleh dilaksanakan.

“Ada beberapa sektor yang dilihat tidak sesuai melaksanakan FWA seperti sektor pembuatan dan perkilangan kerana ia memerlukan waktu bekerja yang ditetapkan untuk mencapai sasaran organisasi.

FWA boleh dilaksanakan di Malaysia tetapi ia bergantung kepada keperluan majikan, dan MTUC menyokong saranan kerajaan itu tetapi majikan perlu memastikan semua kemudahan dan kebajikan pekerja FWA dipelihara, kata Gopal Krishnam.

Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata kerajaan mahu lebih banyak syarikat mengambil inisiatif melaksanakan amalan FWA bagi memaksimumkan produktiviti dan prestasi syarikat.

Menurutnya Kajian TalentCorp menunjukkan bahawa organisasi yang melaksanakan FWA mempunyai pembabitan kakitangan yang lebih tinggi serta produktiviti organisasi bertambah baik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori