Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Ekonomi Positif Susulan Peralihan...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kekal optimis dengan ekonomi Malaysia...

Asyik Rasa Nasi Minyak,...

SEMAKIN hari, semakin ramai selebriti tanah air telah menamatkan zaman bujang mereka bersama-sama...

Pengganas IS/Daesh Cuma Takut...

LONDON — Kumpulan pengganas IS atau Daesh sebenarnya didapati langsung tidak berasa takut...

Mereka Mahu ‘Menang-Menang’

MAJIKAN dan agensi pengambilan pembantu rumah asing berharap garis panduan baharu yang akan...

Mayat Mangsa Tinggalkan ‘Nota’ Ditemui Selepas 48 Jam

Mayat seorang lelaki yang dilaporkan terjun di kilometer 11.3 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dekat George Town kelmarin ditemui nelayan kira-kira jam 9 pagi Jumaat.

Mayat Mohd. Shukri Saad, 38, ditemui dalam keadaan terapung pada tiang P88 jambatan kedua Pulau Pinang berkenaan iaitu empat kilometer dari lokasi kejadian.

Mayat Mangsa Tinggalkan 'Nota' Ditemui Selepas 48 Jam

Mayat Mangsa Tinggalkan 'Nota' Ditemui Selepas 48 Jam

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd. Samad berkata, mayat lelaki tersebut ditemui lengkap berpakaian dan memakai beg sandang.

Difahamkan, beg sandang berkenaan berisi bata yang masih digalas di bahunya ketika ditemui.

Mayat mangsa dibawa ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital untuk bedah siasat dan pengecaman.


Mayat Mangsa Tinggalkan 'Nota' Ditemui Selepas 48 Jam

BACA INI: Tertekan Dipanggil Mahkamah, Lelaki Terjun Jambatan

Rabu lalu, kecoh di media sosial apabila mangsa dikatakan meninggalkan ‘nota’ di Facebook sebelum terjun di jambatan kedua Pulau Pinang itu akibat tertekan dipanggil mahkamah bagi kesalahannya menjual rokok seludup.

Dalam nota itu, lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk ‘berkorban’ kerana mendakwa hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya adalah tidak setimpal berbanding kesalahan individu berpangkat tinggi melibatkan wang jutaan ringgit. -MYNEWSHUB.CC

Video dibawah sekadar hiasan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori