Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hanya Segelintir Petugas Kesihatan...

KUALA LUMPUR - Hanya segelintir petugas kesihatan dari Kementerian Kesihatan (KKM) yang melengkapkan...

Peminjam PTPTN Diminta Manfaatkan...

KUALA PILAH - Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu merebut peluang...

Mayat Bayi Ditinggal Bersama...

GAMBAR mayat bayi cukup sifat ditinggalkan depan pintu pagar sebuah masjid di Jalan...

Rakan Baik Afifah ‘Bocor...

ISU rumah tangga pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dengan isterinya, Bella Astilla masih...

Mayat Mereput Ditemukan Di Pulau Sembilan

TELUK INTAN – Polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak atau balai polis berdekatan untuk membuat pengecaman ke atas satu mayat.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Wan Hassan Wan Ahmad berkata pihaknya menemukan satu mayat lelaki terdampar di Pulau Sembilan, Bagan Datoh, pagi semalam.

Katanya mayat tersebut yang bertatu dipercayai bercorak dewa monyet di belakang badan dijumpai dalam keadaan kaki dan tangannya diikat dengan tali.

“Sewaktu ditemui, keadaan muka serta sebahagian badan sudah mereput kerana dipercayai sudah lebih 48 jam dicampak ke laut setelah dibunuh dan tiada dokumen pengenalan diri ditemukan bersamanya,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.


Wan Hassan berkata ketika ditemukan mayat lelaki berkenaan memakai kemeja T berwarna merah serta seluar pendek berwarna kuning.

Polis masih menjalankan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selain sedang menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan hari ini, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori