Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Anwar Tak Senang Majlis...

KUALA LUMPUR - Menyedari mungkin rakyat mengganggap majlis keagamaan di rumahnya bakal dipolitikkan,...

Kadar Zakat Fitrah Di...

KOTA KINABALU - Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) menetapkan kadar zakat fitrah pada...

Pemandu Kutuk Terang-Terangan Jenama...

MACAM-MACAM cara orang luahkan ketidakpuasan hati dan pengguna kereta ini menggunakan pelekat bagi menggambarkan perasaannya....

Neelofa Tunaikan Umrah Bersama...

PATUTLAH Neelofa tak kelihatan mengacarakan program Meletop semalam, rupa-rupanya si cantik manis ini tengah...

Mayat Warga Emas Tanpa Mata Ditemukan Terapung

KUANTAN – Mayat seorang warga emas tanpa sepasang mata ditemukan terapung di tepi sungai Kampung Merlak, Tebu Hitam, Rompin dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata mayat Tea Kim Liang, 50, dari Kampung Selatan, Kahang, Johor yang sudah berbau itu dijumpai orang awam pada pukul 12.15 tengah hari dalam keadaan terlentang.

“Mangsa yang lengkap berpakaian dianggarkan telah meninggal dunia sejak seminggu lalu. Pemeriksaan mendapati kedua-dua belah mata tiada dan terdapat kesan luka pada tangan kanan dan leher,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Muhammad Aidil Roneh menambah laporan bedah siasat di Hospital Rompin bagaimanapun mengesahkan tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Beliau menambah mayat mangsa telah dituntut keluarganya bagi tujuan pengebumian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori