Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pengkhianat Dan Pengkhianatan: Satu...

1. Apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) mengepalai dan merestui seluruh BERSATU dan...

Apa Nasib Pemandu Teksi?...

KUALA LUMPUR - Lagi berita kurang menyenangkan buat pemandu teksi! Menteri Pengangkutan yang juga...

Skuad Berpasukan Wanita Pertahan...

PETALING JAYA - Persembahan konsisten pemain boling negara memberi tuah kepada Malaysia apabila...

SKM Nafi KOP1M Tawar...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini menafikan Koperasi 1Malaysia Berhad...

MC Palsu Semakin Serius, Dijual Secara Berleluasa

DENGAN bayaran serendah RM200, anda boleh mendapatkan sebuku sijil cuti sakit (MC) palsu hospital-hospital kerajaan di sekitar Lembah Klang yang dijual secara atas talian sama ada untuk tujuan ponteng kerja atau apa sahaja kegunaan yang memerlukan dokumen tersebut.

Melalui kiriman screenshot yang dihantar kepada Mynewshub, gambar tersebut menunjukkan seorang pengguna Facebook dengan nama Nor Hidayah menjual sebuku sijil cuti sakit kepada ahli di dalam kumpulan penjualan barangan motor atas talian.

WhatsApp Image 2016-10-03 at 9.24.33 AM

Perkara tidak bermoral seperti ini perlu dibendung dengan serta merta dan semua pihak yang berkaitan termasuk pengamal perubatan perlu bekerjasama untuk memastikan perkara seperi penjual MC palsu ini tidak berleluasa lagi.

Penjualan MC palsu atas talian secara terbuka seperti ini semakin mencanak ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan.


Untuk memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi, majikan atau ketua jabatan perlu bertindak dengan lebih tegas untuk tidak menerima mana-mana sijil cuti sakit yang diragui kebenarannya dan segera membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Aduan terhadap sindiket penjualan sijil cuti sakit palsu yang melibatkan klinik atau hospital swasta juga boleh dikemukakan melalui emel di [email protected] agar siasatan lanjutan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia boleh dijalankan.-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori