WOW… Jaga-jaga jangan ada yang jatuh cinta! Itu pesanan kami kepada para gadis yang melihat gambar renungan tajam si pembuat teh dari Pakistan ini.
Dek kerana renungan memukaunya itu juga, lelaki berusia 18 tahun bernama Arshad Khan ini sekelip mata menjadi popular bak selebriti di negaranya dan jirannya, India.
Semuanya bermula selepas gambarnya yang dirakam seorang jurugambar, Jiah Ali, menjadi viral sebaik sahaja wanita itu memuat naik foto itu di laman sosial.
Menurut Jiah, dia merakam gambar Arshad di sebuah bazar yang terletak di Islamabad, Pakistan.
Berita renungan memukau Arshad bukan sahaja membuat gadis-gadis Pakistan dan India ‘histeria’ tetapi juga terus merebak ke London hingga perkataan #ChaiWala (membuat teh) menjadi trending di kota terkenal dunia itu.
Populariti yang dikecapi juga membuatkan dirinya ditemuramah oleh stesen Samaa TV.
Menerusi temuramahnya bersama Arshad, lelaki itu memberitahu pelanggannya khususnya wanita meningkat dengan mendadak selepas dua hari gambarnya dimuat naik oleh Jiah.
Malah, dianggarkan 30 hingga 50 orang gadis datang ke kedainya untuk mengambil gambar bersama-samanya.
Apa yang lebih mengejutkan, Arshad turut menerima tawaran untuk menjadi model di bawah jenama Fitin.pk.com, setelah dirinya menjadi perhatian ramai.
Inilah yang dikatakan, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu! Ye dak?. – MYNEWSHUB.CC