Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kelantan Dapat Pengurangan Denda...

KUALA LUMPUR - Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) menerima rayuan Persatuan Bola...

Zahidi Disahkan Positif COVID-19

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin disahkan positif COVID-19 setelah menerima...

Bekas Pengarah Didakwa Terima...

SHAH ALAM - Seorang bekas pengarah sumber manusia sebuah syarikat swasta dihadapkan di...

Haramkan ‘Godus’ Permainan Video...

Kini, para peminat permainan komputer boleh bermain sejenis permainan yang memungkinkan anda unutk...

Melayu Bersemangat: Tapi Berbaloikah?

SEJAK Bersih 2.0 yang pertama kali berjaya mengheret masyarakat Cina secara besar- besaran ke jalanraya untuk berdemonstrasi sejak Peristiwa 13 Mei 1969, gelombang perkauman kembali panas.

Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 adalah kebnaglitan semula kuasa Cina di jalanan selepas tiga dekad menyepi.

Sejak PRU 13 pada 2013, masyarakat Cina makin berani menunjukkan kekuatan luar biasa. Undi politik PRU 13 satu mesej kekuatan yang prominan. Cina yakin, kuasa undi bangsa itu berjaya menyampaikan protes anti kerajaan pro Melayu melalui kertas undi.

Walaupun parti Cina kekal kepada 3 puak utama iaitu DAP, Gerakan dan MCA, pengundi Cina sepakat memilih DAP di kawasan majoriti Cina. Malah, solid mengundi calon Pakatan Rakyat di kerusi yang ditandingi calon Melayu PKR mahu pun PAS, parti yang pro Islam.

Kuasa undi solid Cina tidak dapat dinafikan. Pengundi Cina menolak bulat-bulat Gerakan dan MCA. Malah, UMNO menerima tamparan hebat apabila kehilangan undi Cina di 29 kerusi yang ditandingi. Pengundi Cina memberikan undi solid pada semua calon PR dan menolak semua calon pro UMNO dalam BN.

Kesannya MCA hanya ada tujuh kerusi dan Gerakan hanya satu kerusi dalam komposisi BN.

Cina menjadi melukut tepi gantang dalam kerajaan BN.

Namun, Cina tidak hairan. Mereka yakin, satu pusingan PRU lagi, Cina pasti berkuasa mutlak. Penantian Cina menampakkan harapan, apabila UMNO bergegar dan berpecah lagi pada 2015.

Benarkah Bersih platform Cina?

Bersih 2.0 adalah fragmen masyarakat Cina menunjukkan kuasanya. Momentum undi solid Cina untuk Cina dan pro Cina dalam PRU 13 pada 2013 bermula dengan solidariti Cina dalam Bersih 2.0.

Selepas 13 Mei 1969, hingga PRU 1999, Cina tidak pernah bersatu sehebat Bersih 2.0 dan PRU 13.

Kenapa?

Kerana Cina merasakan masanya sudah tiba. Krisis UMNO dan kelemahan MCA serta Gerakan yang kerap bergeser secara dalaman memberi ruang masyarakat Cina menunjukkan kuasa melalui DAP.

Pengundi Cina oportunis. Mereka pandai menjual undi dan kemudian mencuri ruang untuk berkuasa. Merampas Pulau Pinang pada 2008 satu kejayaan besar pada pengundi Cina sejak kejayaan PAP membawa keluar Singapura pada 1965.


Apabila UMNO goyah dan Gerakan serta MCA dilihat lemah, Cina memilih DAP dan sekutu PR dengan harapan Putrajaya diperintah kerajaan yang menerima kehendak Cina walaupun Perdana Menteri PR tetap Melayu.

Cina tahu, mengubah negara tidak perlukan Cina menjadi ketua negara. Cukup kalau PM seorang yang bergantung pada sokongan Cina.

Kini orang Cina tidak sabar menunggu PRU 14 yang penggalnya akan berakhir pada Mei 2018. Perpecahan Melayu pada lima parti utama adalah detik terbaik untuk berkuasa. Malah, Cina tahu, mereka mampu membentuk kerajaan baharu dengan DAP sebagai pemegang taruh utama kerusi Parlimen.

Berdasarkan senario semasa, undi solid Cina pada DAP akan menjadikan parti Cina itu mampu memiliki kerusi terbanyak di Parlimen dalam membentuk kerajaan baharu bersama PKR, PAN dan PPBM. Ini detik paling berharga pada Cina untuk berkuasa. PRU 14 adalah detik terbaik.

Kuasa Cina dalam menguasai orang Melayu untuk tujuan ini jelas terlihat. Orang Cina hanya perlu mengatur sentimen berterusan menjelang PRU 14 supaya Melayu bergasak. Malah, berbunuh sesama Melayu kalau perlu.

Totok Cina DAP sudah tidak keluar di jalanan sejak Bersih 2.0. Cina hanya perlu membakar sentimen dengan mengheret Melayu Kuning keluar ke jalanan. Cina juga berharap Melayu Merah terus agresif untuk menentang kempen pra Bersih 5.0 pada November ini. Makin ketara perpecahan Melayu, Cina akan untung besar.

Melayu sudah saling bergasak dengan sepak terajang sesama sendiri dalam siri jelajah Bersih 5.0. Bagi pakar agenda Cina, ini senario paling diharapkan. Semuanya bukan lagi mengenai Bersih 5.0, tetapi agenda melebarkan jurang permusuhan sesama Melayu.

Makin bergasak Melayu Kuning dan Melayu Merah, Cina tahu: Peluang membina kerajaan badut Melayu di Putrajaya pasti tercapai.

Memang itu yang Cina harapkan!

Apakah Melayu terus bersemangat bergasak sesama sendiri?

Berbaloikah memenuhi agenda Cina? – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori