Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

‘Malaysia Diarah Bayar RM63...

Kerajaan Malaysia dilaporkan telah diarah membayar sekurang-kurangnya AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris...

Polis Tahan 3 Suspek...

KOTA TINGGI - Polis menahan tiga lelaki, termasuk dua pelajar tingkatan dua, dipercayai...

Tanah Runtuh: 3 Maut,...

GEORGE TOWN – Tiga maut, seorang cedera manakala 10 lagi dipercayai masih tertimbus...

Pengawal Keselamatan Tembak Rakan...

PARIT - Seorang pengawal keselamatan Orang Asli ditemukan maut ditembak rakan sekerja di...

Meluru Acu Pisau Di Tabika

KUANTAN – Suasana persekolahan bagi murid Taman Bimbingan Kanak-Kanak (tabika) Perpaduan Bukit Sekilau di sini, semalam pada mulanya ceria berikutan sambutan majlis hari jadi seorang rakan mereka akan diadakan.

Seramai 25 murid berusia lima dan enam tahun berpakaian warna-warni, malah ada antara mereka membawa hadiah menjadikan sesi persekolahan lebih ceria berbanding biasa.

Bagaimanapun, keceriaan itu tiba-tiba direntap dan bertukar mimpi ngeri dengan kehadiran seorang lelaki yang menceroboh ke dalam bangunan prasekolah berkenaan.

Lebih menyedihkan, ia bukan saja meranapkan impian dan kegembiraan kanak-kanak terbabit untuk meraikan sambutan hari jadi yang dirancang, malah terpaksa melihat dua guru mereka disamun lelaki berkenaan.


Malah, kejadian jam 8.15 pagi itu turut disaksikan beberapa ibu bapa bersama anak mereka dalam bangunan berkenaan selama 10 minit. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori