Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jerebu: Penduduk Perlis Dinasihat...

KANGAR - Penduduk negeri ini dinasihat mengurangkan aktiviti luar berikutan keadaan jerebu sekarang.Pengarah...

I Am Me DSV...

KALAU dulu semasa di Konsert Nova 2017, Datuk Seri Vida dijemput ke atas...

Wanita Khayal Nyaris Maut...

CEMAS... Seorang wanita nyaris maut selepas tilam di bilik sewanya terbakar dalam kejadian...

Keith Foo Nafi Rumah...

PELAKON Keith Foo, menafikan gosip liar kononnya rumah tangga yang dibina bersama isteri,...

Menara KL Kekal Jumlah Penyertaan Peserta KLTIJM 2017

KUALA LUMPUR – Menara Kuala Lumpur (Menara KL) akan mengehadkan jumlah penyertaan maksimum 120 peserta bagi KL Tower International Jump Malaysia (KLTIJM) 2017, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan.

Acara tahunan kali ke-17 itu dijadualkan berlangsung pada 29 Sept sehingga 2 Okt 2017.

“Kita menitikberatkan soal keselamatan dan kualiti penerjun yang dipilih dan kapasiti yang paling sesuai ditampung pada ketika ini hanya 120 peserta,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penutup KLTIJM 2016 di sini hari ini.

Beliau berkata penganjuran tahun ini menerima 115 penyertaan daripada 24 negara dan merupakan yang teramai sejak 16 tahun penganjurannya.

Katanya pada tahun ini acara itu telah merekodkan jumlah terjunan sebanyak 3,704 dan penerjun dengan rekod tertinggi dicatat peserta Perancis, Maurice Mahieu yang melakukan 108 terjunan.

Diminta mengulas mengenai jumlah penyertaan peserta tempatan yang masih rendah, Meor Shahril Anuar berkata kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak diperlukan bagi menarik penyertaan aktiviti lasak itu kerana ia memerlukan kos yang tinggi.


“Daripada 115, hanya lima peserta Malaysia. Mungkin jika lebih banyak pihak tampil memberi tajaan, ia akan dapat memberi sokongan kepada penerjun tempatan untuk turut serta pada penganjuran akan datang,” katanya.

Turut berkongsi pendapat sama ada peserta tempatan A.Aziz Ahmad, 60, yang menjelaskan bukan faktor kemahiran atau minat yang menjadi punca penyertaan
peserta tempatan masih rendah, sebaliknya ia disebabkan kos peralatan sukan lasak itu yang mencecah RM20,000.

“Kita ada kira-kira 25 penerjun base jump di Malaysia tapi tak semua memiliki peralatan seperti payung terjun itu sendiri,” katanya yang juga merupakan penerjun tertua acara itu.

KLTIJM 2016 yang berakhir hari ini bermula pada 30 Sept lalu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori