Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Rangka Pelan Pampasan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan merangka pelan untuk membayar pampasan kepada PLUS Malaysia...

Muafakat Nasional Belum Berpecah...

IPOH : Gagasan Muafakat Nasional (MN) tidak pernah berpecah disebalik pelbagai isu yang...

Bakal Pengantin Mengaku Salah...

Muar: Seorang lelaki yang dijadual melangsungkan perkahwinan bulan depan, mengaku bersalah di Mahkamah...

Kasih Ramadan: TH, UMNO...

SHAH ALAM - Yayasan Tabung Haji (TH) dan UMNO memperuntukkan RM15 juta untuk...

Mengapa Bersih Perlukan Kontroversi Kuning vs Merah

HAD maksimum untuk kaum Cina menunjukkan kuasa jalanan hanyalah dalam Bersih 3.0 pada 28 April 2012. Cina tidak akan berani melangkah lebih jauh kerana sejarah membuktikan: Harga menghadapi tindak balas Melayu amat mahal untuk dibayar.

Cina berani bertindak pada Bersih 3.0 kerana wujudnya perlindungan. Cina berlindung di balik sokongan Melayu Pas. Cina menggunakan demonstrasi jalanan paling besar dalam sejarah negara untuk menentang kerajaan BN. Cina menyebutnya sebagai kerajaan. Namun motifnya menentang kuasa Umno yang menjadi pemegang taruh terbesar dalam BN.

Dalam konteks ini jelas Cina bersemangat kerana yang diserang dalam protes Bersih 3.0 adalah jelas untuk menghapuskan hak Melayu dan status quo Islam dalam perlembagaan.

Kerana BN majoritinya dikuasai Umno, Cina sedar yang ditentangnya ialah kerajaan dominasi Melayu. Malah, Umno akan bersendirian menentang Bersih kerana kedudukan MCA dan Gerakan hanyalah penumpang dalam kerajaan.

Had maksimum Bersih 3.0 berlaku kerana dua perkara. Pertama: Cina tahu kalau melampaui batas, Tragedi 13 Mei 1969 akan berulang. Kalau berlaku, Cina tahu akibatnya.

Kedua, kerana selepas Bersih 3.0, Pas keluar meninggalkan Pakatan Rakyat sekali gus menarik diri dari demonstrasi jalanan. Tanpa majoriti penyokong Pas di jalanan, Cina tidak memiliki perisai Melayu untuk melindungi diri dari penyokong Umno.

Kenapa Cina takut?

Jelas sekali, tanpa Pas, pembabitan Cina di jalanan akan dilihat sebagai gerakan Cina untuk menguasai jalanan. Sudah pasti, ia akan mencabar Melayu dan mengembalikan semula ingatan pada Peristiwa 13 Mei. Langkah menentang Melayu tidak boleh diabui tanpa sokongan Pas.

Kalau dalam Peristiwa 13 Mei, Cina berarak usung penyapu, mustahil Melayu akan mengizinkan ia berlaku sekali lagi dalam Bersih 5.0 nanti.

Tanpa penyokong Pas yang selama ini menjadi perisai untuk Cina berlindung bagi mengulangi tindakan biadap seperti Bersih 3.0, Cina tahu bahayanya kalau turun beraksi di jalanan pada Bersih 5.0.

Tanpa Pas serta kebimbangan Cina untuk menunjukkan sikap anti Melayu secara ekstrim, penganjur Bersih 5.0 kini menghadapi masalah menyemarakkan kempen anti Melayu di jalanan. Ini jelas, apabila sokongan Cina merosot pada Bersih 4.0. Ada kegusaran untuk Cina beraksi sebagai demonstran tanpa dilindungi penyokong Pas.

Justeru, perhitungannya mudah. Penganjur Bersih 5.0 harus menerima hakikat, sokongan Cina di jalanan telah merosot teruk. Kegagalan siri demontrasi Bersih 4.0 serta mini siri protes isu GST dan 1MDB, penganjur Bersih sedar: Sokongan Cina kini tiada lagi!

Justeru apa langkah seterusnya?


Demonstrasi Bersih 5.0 pada November ini harus diubah strateginya. Ia bukan lagi bertema kuasa rakyat pelbagai kaum. Tetapi sebaliknya harus disemarakkan sebagai medan tempur antara kuasa politik Melayu yang kini teruk berpecah.

Kemunculan parti baharu PPBM satu bonus. Namun, populariti PPBM tidak berupaya menjadi perisai Cina untuk keluar berarak di jalanan. PPBM tidak mempunyai penyokong tegar sehebat peranan Pas.

Sebaliknya, krisis PPBM dan Umno mampu memberikan warna baharu pada Bersih. Demontrasi Bersih 5.0 harus dijadikan medan tempur Melayu vs Melayu. Agenda ini jelas menampakkan hasil, apabila dalam siri promosi Bersih 5.0 di beberapa kawasan strategik Melayu, ia berjaya mencetuskan ketegangan antara Melayu Kuning dan Melayu Merah.

Ini cekapnya penganjur Bersih 5.0. Juga ini cekapnya percaturan politik Cina dalam melagakan Melayu. Percakaran sepak terajang Melayu sesama Melayu di jalanan akan menjadikan Bersih 5.0 bukan pertempuran kaum Peristiwa 13 Mei.

Rusuhan model baharu ini mesti berasaskan isu semasa yang mampu membakar kemarahan rakyat.

Kenapa?

Kerana rakyat yang akan keluar bertempur kelak hanyalah Melayu Kuning dan Melayu Merah!

Cekap Cina mengaturkan semua agenda ini.

Justeru tanggungjawab kita menyedarkan Melayu: Walaupun anda keluar atas nama isu semasa, namun Cina melihatnya sebagai misi memusnahkan Melayu dan kekuatan perpaduannya! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori