Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kamalanathan Nyata Hasrat Tanding...

SUNGAI PETANI - Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CRW) MIC yang juga Timbalan Menteri...

Israel-Hamas Setuju Sambung Sehari...

BAITULMUQADDIS: Israel dan Hamas hari ini bersetuju melanjutkan pemberhentian perang selama sehari lagi,...

Sarawak Lulus FDI RM46.3...

KUCHING – Kerajaan Sarawak meluluskan pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM46.3 bilion sepanjang...

ESSCom Tahan 22 PATI...

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menahan 22 pendatang...

Mengundi Calon Berdasarkan Kaum Sukarkan Perkongsian Kuasa

IPOH – Tindakan mengundi calon mengikut kaum dalam mana-mana pilihan raya hanya menyukarkan perkongsian kuasa yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang menjadikan UMNO sebagai contoh, berkata parti yang ditubuhkan sejak 1946 dan menjadi tulang belakang kerajaan itu tidak pernah mengetepikan bangsa atau agama lain yang ada di negara ini.

“Kalau bagi undi mengikut kaum, sampai bila kita boleh laksanakan perkongsian kuasa ini, sedangkan orang Melayu di mana-mana sentiasa berkongsi kuasa.

“Kita harus bertoleransi. Dunia telah berubah, keadaan politik telah berubah, Cina perlukan Melayu dan India begitu juga sebaliknya kerana ini negara majmuk,” katanya ketika menutup Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Barat di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang juga bapa angkat kepada UMNO Bahagian Ipoh Barat.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata dakwaan bahawa masyarakat Cina khususnya di bandar tidak bersama dengan BN adalah disebabkan tindakan segelintir pihak menanam kebencian kaum itu terhadap gagasan tersebut.

“Trend ini mesti diubah kerana kerajaan BN tidak pernah mengira bangsa, agama atau latar belakang kawasan dalam berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Timbalan perdana menteri turut memberi ingatan kepada pemimpin UMNO supaya tidak sesekali menanam hasrat untuk menongkat langit kerana jawatan yang disandang adalah satu amanah.


Beliau berkata seorang pemimpin yang baik akan membina kekuatan dalam kalangan pemimpin muda selaku pelapis dan meneruskan kesinambungan perjuangan parti.

Dalam ucapannya di hadapan kira-kira 1,000 perwakilan, Ahmad Zahid turut memuji kecekalan hati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan.

“Saya tanya ‘sir you look so cool and calm’, tapi dia (Najib) jawab…dalam hati tiada siapa yang tahu,” kata Ahmad Zaid, dan menambah, walaupun berdepan dugaan, perdana menteri tetap memberi yang terbaik untuk rakyat.

Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar berkata penubuhan Parti Peribumi Bersatu Malaysia sama sekali tidak menjejaskan bahagian itu.

Malah, katanya UMNO Ipoh Barat berada berada dalam keadaan sangat baik ketika ini untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

“Saya memberi jaminan, tiada seorang pun pemimpin bahagian ini atau sayap daripada bahagian ini yang menyertai parti itu (PPBM). Malah, tiada cawangan yang dibubar atau ditutup,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori