Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Bangsa Melayu Bakal Hilang...

PUTRAJAYA - Bangsa Melayu berisiko untuk hilang dalam tempoh 10 tahun akan datang...

Status Nikah Joy, Bekas...

TEKA teki akhirnya terjawab.... Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam, Selangor mengesahkan status...

Tommy Lantik Sulaiman Dan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara lantik Datuk Sulaiman Abdullah sebagai peguam mengetuai...

Selebriti Wanita Popular Jalin...

TAK disangka di sebalik imej bersihnya sebagai seorang pelakon dan pengacara popular, rupa-rupanya...

Mia Ahmad, Penjaga Gol JDT Bakal Kahwin Tahun Depan

SETELAH sekian lama berteka-teki, pelakon Mia Ahmad mengesahkan sedang menjalin hubungan cinta dengan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd. Izham Tarmizi Roslan.

Lebih menggembirakan, Mia juga sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu.

Menurut Mia, mereka sudah berkawan selama setahun dan hubungan itu direstui keluarga masing-masing.

“Kami sudah berjumpa keluarga dan saya selesa setakat ini, Alhamdulillah,” katanya seperti yang dilaporkan menerusi portal Rotikaya! ketika ditemui ditemui di Majlis Sidang Media Anugerah Skrin 2016.

mia 2_2
Mohd Izham Tarmizi Roslan

Pada masa yang sama, Mia memberitahu, dia masih belum menetapkan tarikh rasmi pernikahannya kerana jadual Izham yang padat hingga hujung tahun.

Mia turut menyatakan hasratnya yang enggan melalui proses bertunang sebaliknya terus diijabkabulkan dengan ikatan yang sah.

“Saya tidak ada masalah tetapi kena ikut jadualnya. Lagipun dia ada perlawanan bola sepak sehingga ke penghujung tahun ini.


“Saya tak suka tunang, terus berkahwin sahajalah,” katanya lagi yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada tahun hadapan.

image

Pasangan ini mula digosipkan bersama apabila Izham membuat kejutan semasa sambutan hari jadi Mia di sebuah kafe.

Sumber: RotiKaya!

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori