Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bomba Melaka Siap Sedia...

MELAKA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka bersiap sedia daripada pelbagai aspek termasuk...

RUU Perbekalan Tambahan (2017)...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2017) 2018 bagi memohon perbelanjaan tambahan...

Pegawai Kastam Dakwa Ketua...

SEORANG pegawai wanita Kastam DiRaja Malaysia mendakwa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid...

MH370: DCA Hantar Pakar...

KUALA LUMPUR - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sedang menunggu pengesahan daripada badan kawal...

MIC Johor Batal Sambutan, Rumah Terbuka Deepavali

JOHOR BAHRU – Badan Perhubungan MIC Johor hari ini mengumumkan sambutan Deepavali parti itu di peringkat negeri termasuk penganjuran rumah terbuka dibatalkan bagi menghormati mangsa dan keluarga yang terbabit dalam kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA), Selasa lalu.

Pengerusinya, Datuk M. Asojan berkata ia juga sebagai menghormati keputusan kepimpinan parti di peringkat pusat yang turut membatalkan sambutan dan
penganjuran rumah terbuka di Kuala Lumpur.

“Saya juga arahkan timbalan pengerusi, setiausaha bahagian serta semua anggota jawatankuasa perhubungan membatalkan rumah terbuka mereka.

“Insiden kebakaran Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA merupakan satu insiden yang mendukacitakan dan menyayat hati, kita perlu beri penghormatan kepada mangsa dan keluarga mangsa berkenaan,” kata Asojan ketika dihubungi Bernama.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, enam pesakit kritikal di ICU terkorban manakala seorang pesakit berjaya diselamatkan. Tiga kakitangan HSA cedera dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail.

Mereka yang terkorban ialah K. Logeswaran, 20,; Choo Lin Fung, 37, Toh Ah Wah, 60, Yusof Hassan, 53, M. Kaliama, 23, dan C. Neeramala Devi 24.

Asojan, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Gambir, turut membatalkan rumah terbuka kawasannya yang dijadualkan berlangsung di Dewan Serbaguna Bukit Gambir pada 5 Nov.


Anggota Majlis Tertinggi MIC Pusat itu berkata pihaknya akan melawat semua enam keluarga mangsa yang terkorban akibat kebakaran itu beberapa hari selepas Deepavali yang disambut esok.

Asojan berkata perbelanjaan yang sepatutnya digunakan bagi acara rumah terbuka akan diserahkan sebagai bantuan kepada keluarga mangsa bagi membantu meringankan beban mereka.

MIC sebelum ini mengumumkan pembatalan majlis rumah terbuka Deepavali anjuran parti itu Sabtu ini bagi menghormati mangsa dan waris mangsa tragedi itu.

Sambutan Deepavali peringkat negeri juga tidak akan diadakan seperti yang diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia negeri R.Vidyananthan semalam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori