Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Ladang Pertanian Bandar Dibangunkan...

PUTRAJAYA - Kementerian Wilayah Persekutuan akan membangunkan ladang berkonsep pertanian bandar (urban farming)...

Indeks Kebebasan Media :...

Tindakan DAP menghalang akhbar tempatan membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau...

VIDEO: Pengantin ‘Sporting’ Menari...

MAJLIS persandingan seorang penolong penerbit TV sebuah stesen penyiaran tanah air 'dikejutkan' dengan...

6,440 Kes Baharu COVID-19...

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 di seluruh negara meningkat dalam tempoh 24...

Middleton Di Kelas Ekonomi, Penumpang Tak Keruan

STATUS kepada pewaris takhta diraja Britain, Kate Middleton dengan gelaran sebagai Duchess of Cambridge tidak menjadikan wanita ini seorang yang lupa diri.

Statusnya sebagai isteri dan ibu kepada dua cahaya mata kepada pewaris kerajaan Britain sekali lagi mencuri perhatian dunia apabila kelibatnya dilihat menaiki sebuah pesawat komersial British Airways.

Pada 13 Oktober lalu, Middleton yang cantik memakai suit biru lembut rekaan Catherine Walker dilihat menaiki kelas ekonomi pesawat berkenaan sambil ditemani beberapa pengawal peribadinya.

Difahamkan Middleton sedang dalam perjalanan pulang dari lawatan solonya ke Belanda.

Middleton Di Kelas Ekonomi, Penumpang Tak Keruan

Kehadiran Middleton di kelas ekonomi pesawat berkenaan menjadikan penumpang tidak senang duduk tatkala melihat figura yang menjadi ikon dunia ini berada di dalam pesawat bersama mereka.

Masing-masing menggunakan kesempatan yang ada untuk merakam detik-detik manis itu menggunakan kamera pada telefon bimbit masing-masing.

Perjalanan yang memakan masa selama 50 minit itu menjadikan suasana dalam pesawat berbeza apabila penumpang dilihat teruja dengan kehadiran Middleton.


Middleton Di Kelas Ekonomi, Penumpang Tak Keruan

Walaupun berada di kelas ekonomi, Middleton tetap diberikan layanan first class berbeza dari penumpang lain.

Sejurus pesawatnya mendarat di London City Airport, sebuah kereta mewah telah tersedia menanti wanita itu.

Pun begitu, difahamkan ini bukanlah pengalaman pertama Middleton terbang menggunakan pesawat komersial.

Pada tahun 2011, Middleton dan Putera William terbang menggunakan pesawat biasa pulang ke Britain. Namun, mereka duduk di bahagian kelas pertama. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori