Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

TNB Bersedia Ceburi Perniagaan...

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) bersedia untuk menerokai perniagaan kesalinghubungan yang...

VIDEO: Bila Perempuan Terlalu...

Selalunya menonton perempuan menari adalah perkara yang mengasyikkan.Tapi merujuk pada perempuan dalam video...

Ubatan Tradisional, Kosmetik Dari...

Polis Marin Pelabuhan Klang merampas sebanyak 30,202 ubatan tradisional, kosmetik dan jamu pelbagai...

Muzik Video Diddy Terlampau...

RUPA-rupanya penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Diddy Hirdy ini masih ada lagi dalam...

Murid Prasekolah Tahan Sakit 20 Minit Kaki Tersepit

KUALA LUMPUR – Seorang murid prasekolah terpaksa menahan kesakitan lebih 20 minit selepas kaki kirinya tersepit pada besi penutup longkang berhampiran Stadium Mini Kuala Kubu Bharu hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 12 tengah hari tadi ketika Larisa a/p Cundang, 6, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani aktiviti sukan di sekolahnya.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Azami Bakar berkata kanak-kanak perempuan itu tergelincir menyebabkan bahagian kakinya sehingga ke paras paha tersepit di celahan besi penutup longkang.

“Murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu 2 itu menjerit dan menangis kesakitan apabila kakinya tidak dapat dikeluarkan,” katanya kepada Bernama.

Menurut beliau, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu diarah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 12.24 tengah hari.


Azami berkata kaki kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan selepas anggota bomba menggunakan alat pemotong hidraulik untuk melonggarkan besi penutup longkang itu.

“Mangsa tidak mengalami kecederaan serius, sebaliknya hanya mengalami luka-luka kecil di bahagian kaki,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori