Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelakon Gerak Khas –...

PETALING JAYA - Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Gerak Khas, Nizen Ayob...

Anifah Bertemu Rakan Sejawat...

PUTRAJAYA - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini mengadakan mesyuarat dua...

Polis Tahan Suami Wanita...

KUCHING - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita...

NSTY Holdings Nafi Cecair...

SHAH ALAM - Syarikat pengeluar cecair rokok elektronik, NSTY Holdings Sdn. Bhd. (NSTY...

Musim Tengkujuh: Resort & Chalet Di T’ganu Mula Ditutup

KUALA TERENGGANU – Operasi resot dan chalet di pulau peranginan di negeri ini mula ditutup secara berperingkat kepada pelancong susulan musim tengkujuh dan monsun timur laut.

Ia ditutup mulai bulan ini hingga awal Januari tahun depan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata ia juga bagi membolehkan pengusaha resot dan chalet melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan menaik taraf kemudahan resot dan chalet mereka.

“Kedatangan pelancong ke Pulau Perhentian juga kini sudah semakin berkurangan, walaupun masih ada hotel besar yang beroperasi.

“Kerajaan negeri menggesa pengusaha hotel dan resot agar lebih menitikberatkan keselamatan pelancong dengan memberi nasihat dan cadangan aktiviti yang boleh dilakukan sekiranya masih ada pelancong yang datang secara berkumpulan atau mengembara secara solo,” katanya kepada Bernama.

Antara pulau yang menjadi tumpuan pelancong ialah Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Lang Tengah dan Pulau Tenggol.


Tengku Zaihan berkata pengusaha pelancongan di pulau peranginan juga diharap dapat memperindahkan resot dan chalet mereka sebagai persediaan menjelang Tahun Melawat Terengganu 2017.

“Kerajaan negeri sudah melakukan banyak promosi di dalam dan luar negara untuk hebahan mengenai pelbagai aktiviti pelancongan menarik sempena TMT 2017.

“Harapan kita agar pengusaha hotel dan resot dapat menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelancong dan menjadi ‘duta kecil’ bagi memperkenalkan Terengganu kepada sahabat dan keluarga mereka yang lain,” katanya.

Terengganu kini mempunyai 328 buah hotel dan resot yang menyediakan 12,141 bilik yang dari jumlah itu, Pulau Redang mempunyai 17 hotel dan resot, Pulau Perhentian Kecil (28), Pulau Perhentian Besar (19), Pulau Kapas dan Pulau Gemia (sembilan) dan masing-masing tiga di Pulau Tenggol serta Pulau Lang Tengah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori