Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kes Resit Tempah Piza...

BAYAN LEPAS : Empat individu sudah ditahan bagi membantu siasatan kes resit pesanan...

DSV Jangan Merajuk: Anda...

KESIAN Datuk Seri Vida (DSV) merintih kecewa apabila dituduh desparado atau gila nak...

Gara-Gara Sukakan Ular Masak...

CHINA – Akibat gemar makan makanan eksotik termasuk ular masak grill, seorang budak...

Kerjasama Korporat Dipelawa...

BATANG KALI - Kementerian Pendidikan mengalu-alukan penglibatan aktif daripada syarikat korporat bagi bekerjasama dan...

Najib Rakam Penghormatan Kepada Raja Thailand

SHAH ALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan penghormatan kepada Raja Thailand Bhumibol Adulyadej yang mangkat semalam, dengan menyatakan raja yang sangat disayangi itu telah memainkan peranan penting dalam kestabilan Thailand.

Beliau berkata kejayaan berterusan Thailand akan bergantung pada perpaduan rakyatnya.

“Saya akan merakamkan ucapan takziah secara langsung kepada kerajaan (Thailand),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-60 Universiti Teknologi Mara, di sini hari ini.

Najib berkata Malaysia akan menghantar wakil peringkat tinggi pada upacara pemakaman jasad raja itu.


Raja Bhumibol, yang memerintah Thailand selama 70 tahun selepas menaiki takhta pada 1946, mangkat pada 3.52 petang semalam di Hospital Siriraj, seperti diumumkan oleh Biro Diraja Thailand.

Baginda berusia 89 tahun.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori