Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Harga RON97 Naik Dua...

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter manakala harga bagi...

Kes Peniaga Bunuh Lelaki...

KEMAMAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan kes seorang peniaga yang...

Amy Kwan Tekad Pamer...

KUALA LUMPUR - Pengalaman beraksi dan meraih pingat gangsa pada Sukan Komanwel 2014...

Lelaki Miliki Bom Buatan...

KUALA LUMPUR – Polis menangkap seorang lelaki yang dipercayai memiliki dua butir bom...

Najib Ucap Takziah Keluarga Pesakit Kanser Danish

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pesakit kanser Muhammad Danish Maarif yang meninggal dunia semalam.

“Saya dimaklumkan mengenai kesihatan Allahyarham awal bulan ini dan minat beliau dalam permainan Lego. Saya juga merakamkan kata-kata semangat kepada beliau.

“Saya ucapkan takziah kepada keluarga Danish, harap mereka tabah hadapi dugaan Allah SWT. Mari kita doa semoga roh arwah dicucuri rahmat serta ditempatkan di syurga. Al-Fatihah,” katanya dalam catatan di laman Facebook.

Allahyarham Muhammad Danish, 11, yang menderita kanser tulang atau osteosarcoma, meninggal dunia di rumahnya kira-kira pukul 4 pagi Rabu.


Kisah Muhammad Danish mendapat perhatian umum apabila pada 28 September lepas, Legoland Malaysia Resort dan Lego Malaysia bersama maskot watak popular Lego seperti Lego Darth Vader, Lego Builder, Lego Policeman berkunjung ke kediamannya di Kuala Selangor bagi memenuhi hasrat kanak-kanak itu yang ingin mengunjungi Legoland di Johor. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori