Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

“Zamani Buat Saya Yakin...

PENYANYI dan komposer, Faizal Tahir tidak menduga dapat bekerjasama dengan penyanyi legenda, Zamani...

ā€œBukan Gimik… Bukan Bayangan...

PENYANYI Syamel menyangkal dakwaan petikan ayat berbaur romantik yang dimuat naik di Instagram...

KFA Mahu Cheng Hoe...

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mahu Tan Cheng Hoe mengkaji...

70 Rumah Sekitar Butterworth...

BUTTERWORTH - Lebih 70 buah rumah di sekitar daerah in dilanda banjir kilat...

Nelayan Syukur Kerajaan Teruskan Elaun Sara Hidup

KANGAR – Lebih 1,000 nelayan di negeri ini bersyukur kerajaan terus prihatin dan mengekalkan elaun sara hidup bulanan antara RM200 hingga RM300 bagi meringankan beban ditanggung mereka.

Pengerusi Persatuan Nelayan Perlis Selatan, Romly Sabu berkata pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkara itu ketika membentangkan Bajet 2017 pada Jumaat lepas, membuktikan kerajaan serius membela nasib golongan nelayan.

“Walaupun keadaan ekonomi dunia tidak menentu, nasib golongan nelayan yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang tetap diambil perhatian.

“Malah, ketika rakyat dimomokkan dengan khabar angin negara akan bankrap kerana tiada sumber kewangan dan sebagainya, kerajaan terus dengan usaha membantu meningkatkan taraf hidup rakyat,” katanya kepada Bernama.

Romly berkata walaupun tiada kenaikan, langkah kerajaan meneruskan pemberian bantuan tersebut sangat bererti dan bermanfaat kepada golongan nelayan.

“Bagi orang lain mungkin jumlah itu tak banyak, namun pada kami (nelayan) ia amat membantu dalam menampung perbelanjaan harian terutama bagi yang ada anak dan bersekolah,” katanya.


Mohd Jamil Halim, 44, seorang nelayan bot kecil, berkata pengumuman bantuan itu memang dinantikan golongan nelayan kerana boleh dimanfaatkan untuk pelbagai perkara termasuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Beliau berkata mereka sering berdepan cabaran kewangan kerana pendapatan bulanan tidak menentu berikutan cuaca dan keadaan laut yang pasang surut.

“Ada masa, bot dan pukat rosak serta perlu dibaiki, jadi boleh gunakan wang tersebut. Selain itu ada nelayan yang guna sebagai modal berniaga ikan masin, pekasam atau belacan.

“Kalau tidak digunakan wang itu, paling elok dijadikan simpanan untuk waktu kecemasan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori