Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Aizat Simpan Kisah Cinta,...

PENAT asyik ditanya soal kisah percintaan berbanding karier seni, penyanyi lagu Susun Silang...

Ronny Sedia Wakili Harimau...

YANGON - Pemain pertahanan Sarawak, Ronny Harun, 32, bersedia untuk terus menyumbang khidmat...

Polis Rampas Hampir 70kg...

IPOH - Polis menahan tiga anggota sindiket pengedaran dadah dan merampas ganja seberat...

Model Ruby Rose Putus...

MODEL dan pelakon kelahiran Australia, Ruby Rose dilapor sudah berpisah dengan kekasih lesbiannya,...

Nenek Maut Selepas Kereta Langgar Lori

MUKAH – Seorang wanita maut manakala cucu lelaki angkatnya cedera ringan apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah lori sawit di KM9 Jalan Mukah-Balingian di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Jimmy Panyau berkata mangsa yang maut ialah Ini Baka, 50, yang memandu kenderaan itu manakala cucunya dikenali sebagai Douglas Japar, 13.

Nenek Maut Selepas Kereta Langgar Lori

Pemandu lori pengangkut buah sawit berusia 42 tahun itu pula cedera di tangan kanan, katanya.

“Mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dikeluarkan pasukan Bomba dan Penyelamat Mukah dan dibawa ke Hospital Mukah untuk bedah siasat,” katanya.


Beliau berkata ketika kejadian kira-kira 6.15 pagi itu, kenderaan dipandu mangsa yang datang dari arah Balingian ke Mukah masuk ke lorong bertentangan dan melanggar tayar belakang kanan lori hingga tercabut mengakibatkan lori itu terbalik.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori