SEORANG murid lelaki Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Sabak Bernam terpaksa menahan sakit berjam-jam lamanya apabila sebilah gunting tertusuk atas matanya, semalam.
Dalam kejadian 12 tengah hari itu, mangsa,Ă‚Â Asraf Saiefuddin Nuri Shamsudin, 12,Ă‚Â cedera di bahagian atas mata kanan dan hampir dengan otaknya.Ă‚Â
Berikutan itu, mangsa terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital di Klang, Selangor sebelum dibawa ke hospital Sungai Buloh.
Difahamkan, kejadian berpunca apabila mangsa yang sedang memegang gunting bangun dari tempat duduknya dan terlanggar kaki meja, sebelum terjatuh lalu menyebabkan gunting itu tertusuk padanya.
Menerusi gambar yang diterima Mynewshub, Asraf yang berpakaian sukan sekolah sedang menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan sambil gunting masih lagi tercucuk pada bahagian matanya.
Setakat ini, difahamkan mangsa sudah menjalani pembedahan awal pagi tadi, namun tidak dapat dipastikan sama ada gunting itu sudah berjaya dikeluarkan atau belum.Ă‚Â – MYNEWSHUB.CC