Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Pelajar Maut Kemalangan Di...

SARIKEI - Tidak sampai seminggu, seorang lagi maut manakala seorang cedera apabila motosikal...

Pasangan Suami Isteri Culik...

PASIR MAS - Pasangan suami isteri yang melarikan seorang bayi perempuan di hospital...

Tetak Leher Rakan Kerana...

PEKANBARU - Akibat tidak tahan diejek, seorang buruh menetak leher rakannya hingga mati...

BN Belum Tentukan Siapa...

SEREMBAN : Barisan Nasional (BN) belum membuat ketetapan berhubung kerjasama yang akan dimeterai...

NGO Kesal Mahasiswa Rasuah Pensyarah Lulus Periksa

KUALA LUMPUR – Rasuah dalam kalangan pensyarah dan mahasiswa tidak sepatutnya berlaku kerana institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan pusat penyebaran ilmu dan pengukuhan nilai bagi menyediakan pemimpin masa depan negara.

Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Akademia Ummah Sejahtera (ARUS) Perak, Dr. Mohd. Nuri Al-Amin Endut berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil tindakan tegas memerangi gejala tersebut.

“Kementerian Pendidikan Tinggi wajar menyiasat dakwaan ini dan perlu menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Siasatan agar wabak ‘jijik’ ini tidak merebak secara berleluasa sama ada di IPT awam mahupun swasta.

“Gejala tidak sihat dalam kalangan mahasiswa ini perlu dibendung secara serius,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

SPRM baru-baru ini mengesahkan wujud perlakuan rasuah membabitkan pelajar IPT menawarkan habuan wang kepada pensyarah untuk menaikkan gred pencapaian akademik dan lulus peperiksaan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori