Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bicara Kes Najib Bermula...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi menetapkan perbicaraan tujuh pertuduhan...

Pencuri Pulang Motosikal, Mohon...

SLEMAN (Indonesia) - Seorang pencuri di sini bertindak memulangkan semula sebuah motosikal yang...

Kecanggihan Teknologi Mengubah Ekonomi...

KUALA LUMPUR - Kecanggihan teknologi seperti data raya dan kepintaran buatan akan mengubah...

20 Lelaki Ditahan, 127...

KUALA LUMPUR - Polis menahan 20 lelaki dan merampas 127 set komputer dalam...

Nik Abduh Akui UMNO Masih Parti Pilihan Utama

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui UMNO masih merupakan parti politik utama pilihan rakyat negara ini.

Kata beliau, manakala PAS merupakan parti yang seterusnya menjadi pilihan utama rakyat selepas UMNO.

“Di Malaysia, selepas UMNO, PAS-lah pilihan utama rakyat. Kenali dan akui ini sebelum berurusan dengannya (PAS).

“Ahli dan penyokong PAS adalah amanah yang mesti dijaga oleh seluruh pemimpin PAS,” tegasnya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau dipercayai merujuk kepada dakwaan penyokong Pakatan Harapan di media sosial bahawa PAS kini parti yang tidak bermaya.

Ia ekoran kengganan PAS bersekongkol dengan Pakatan Harapan dan Mahathir untuk menggulingkan UMNO serta kerajaan sedia ada.

Nik Mohamad Abduh seterusnya mengingatkan PAS sedang memimpin gerakan pembangkang dengan disiplin dan cara tersendiri.


Kata beliau, PAS membina tangga untuk rakyat sampai ke Putrajaya, bukan menjadi anak tangga kepada parti-parti lain.

Justeru, katanya, sebarang usaha mengajak PAS menukar langkah sama seperti tindakan buruk bekas pemimpin PAS yang kini menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

“Menyeru PAS mengubah halatujunya. Sia-sia,” tegasnya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori