Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

APMM Tahan 2 Bot...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot pam disyaki...

SST 2.0 Perlu Jadi...

KUALA LUMPUR - Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 2.0 perlu menjadi satu revolusi...

Malaysia, AS Bergandingan Lenyapkan...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan sentiasa bergandingan dengan Amerika Syarikat dalam misi penting...

Bayi Dicampak Dari Tingkat...

KAJANG - Bayi lelaki yang baru dilahirkan dan dicampak dari tingkat dua sebuah...

‘Ninja’ Kain Batik Samun Kedai 24 Jam

SEKUMPULAN penjenayah nekad menggunakan kain batik untuk menyamun sebuah kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam bagi mengelakkan identiti mereka diketahui pihak berkuasa.

Terbaru, sebuah video samun menjadi viral di media sosial apabila empat lelaki menggunakan kain batik dan bergaya ala-ala ninja bersenjatakan parang menyamun kedai serbaneka dipercayai di Kampung Padang Luas, Jerteh, Terengganu awal pagi tadi.

Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.50 pagi apabila tiga lelaki menyerbu masuk ke dalam kedai sementara seorang rakan mereka menunggu di pintu hadapan.

Untitled-3Salah seorang suspek bertindak menghayun parang ke arah penjaga kaunter dan mengarahkannya untuk menyerahkan wang tunai dan rokok.

Mangsa bagaimanapun cuba melawan dengan memegang hulu parang berkenaan sebelum rakan suspek terus mengacukan parang bagi menakut-nakutkannya.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa seorang diri berada di dalam kedai dan terpaksa menurut kemahuan suspek bagi mengelakkan dirinya dicederakan.


Dalam video berkenaan turut ada suara yang menjelaskan penjenayah berkenaan sudah biasa melakukan rompakan dengan gaya yang sama di kawasan sekitar termpat kejadian.

Video yang berdurasi 37 saat itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kedai berkenaan dan memaparkan tindakan agresif penyamun itu yang hanya mengambil wang tunai dan rokok.

Empat suspek berkenaan dipercayai melarikan diri dengan menaiki kenderaan jenis Perodua Axia berwarna perak yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil untuk membantu siasatan polis. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori