Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Ais Krim Harga RM3,023...

DUBAI - Jika anda berasa cukup kaya, barang kali harga ais krim ini...

Bangsar ‘Diserang’, 21 Individu...

KUALA LUMPUR - Polis menahan 17 lelaki dan empat wanita termasuk dua warga...

Tubuh Segera Majlis Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sekali lagi digesa supaya menubuhkan segera Majlis Keselamatan Air...

Dipuji Selamat Anjing Tersangkut...

JASIN - Gambar dua anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jasin, menyelamatkan seekor...

Op Nyah 2: Polis Cedera Bergelut Warga Myanmar

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis cedera di lutut kanan setelah bergelut dengan seorang lelaki warga Myanmar yang cuba meloloskan diri dalam Op Nyah 2 Fasa 13, di Medan Selera Kepong, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata lelaki itu diberkas dan anggota yang tercedera telah mendapatkan rawatan di klinik swasta sebagai pesakit luar.

Katanya dalam operasi bermula 5.30 petang semalam sehingga 6.30 pagi tadi di Plaza Low Yatt dan Jalan Alor, Bukit Bintang; Jalan Metro Perdana Barat 14 serta Blok 88 Apartmen Abdullah Hukum di sini, seramai 424 warga asing telah diperiksa.

“Daripada jumlah itu 140 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan melibatkan 137 lelaki dan tiga wanita,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Warga Bangladesh paling ramai ditahan iaitu 74 orang diikuti Myanmar (23), Nepal (20), Pakistan (10), Vietnam (6), Indonesia (5), India (1) dan Uganda (1), katanya.

Amar Singh berkata operasi Fasa 13 ini mencatatkan pemeriksaan dan tangkapan kedua tertinggi sejak ia dilancarkan dan dilaksanakan bagi Fasa Pertama di Sun Complex, Bukit Bintang pada 18 Julai lepas.


Katanya kesemua tangkapan ditahan untuk tindakan lanjut di Lokap Berpusat Jinjang dan Dang Wangi.

Tindakan akan diambil mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen (PPI) 1959/63.

Dalam Op Nyah 2 itu, beberapa agensi dan jabatan lain turut terlibat antaranya Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Sukarelawan Polis.

Op Nyah 2 dilaksanakan bagi membanteras masalah PATI yang menjadikan kawasan tertentu sebagai penempatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori