Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Putrajaya Teliti Semula Pembelian...

HONG KONG - Malaysia akan meneliti semula cadangan pembelian 25 pesawat Boeing 737...

Makin Ramai Rakyat Jepun...

SERIUS... Ikeida meninggalkan rumah sekali setiap tiga hari untuk beli makanan agar dapat...

Gara-Gara Najis Anjing Lelaki...

PARIT BUNTAR - Hanya kerana najis anjing yang menjadi punca pertengkaran dan pergelutan...

Bayi Dihempap Selama 3...

Seorang bayi berusia 10 bulan terselamat walaupun selepas tiga hari dihempap mayat bapanya...

Operasi NGV Di 67 Stesen Petronas Ditutup Sementara

KUALA LUMPUR – Petronas Dagangan Berhad (PDB) akan menutup sementara perkhidmatan tenaga gas asli (NGV) di 67 stesennya di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor.

PDB dalam kenyataannya berkata stesen itu ditutup mulai semalam sehingga dimaklumkan bagi memberi laluan kepada kerja penambahbaikan.

“Namun perkhidmatan mengisi minyak lain dan Kedai Mesra di stesen terbabit masih beroperasi seperti biasa,” katanya.

Menurut kenyataan itu, syarikat berkenaan mengambil langkah ketat untuk memastikan keselamatan di semua stesen yang mempunyai kemudahan NGV.

“PBD bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan standard keselamatan yang tinggi di semua stesen kami,” tambah kenyataan itu.


Mereka yang mahukan stesen dengan kemudahan NGV yang beroperasi boleh melayari laman sesawang www.mymesra.com.my atau menghubungi Mesralink di 1-300-88-8181.

Selasa lepas, seorang lelaki pekerja kontraktor pembaikan pam maut selepas tangki (NGV) di stesen minyak di Austin Height, Mount Austin di Johor Bahru meletup kira-kira pukul 2.40 petang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori