Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mahu Anak Berhenti Menangis…...

SEORANG bapa bertindak kejam untuk membuatkan anaknya yang baru berumur setahun berhenti menangis,...

Konvoi Kereta Penjara Nahas,...

MUNGKIN aib apabila media tempatan mendedahkan berita penahanan tiga pegawai seorang ahli parlimen...

Menara Kediaman Tertinggi Di...

DUBAI - Salah satu menara kediaman tertinggi di dunia, Marina Torch terbakar di...

Kerja Pembinaan ECRL Jangka...

KOTA BHARU : Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan,...

Operasi SAR Peluncur Layar Jatuh Laut Ditangguhkan

SEREMBAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang peluncur layar atau paraglider yang dilaporkan terjatuh ke dalam laut di Pantai Batu 1, Port Dickson tiga hari lepas, ditangguhkan buat sementara waktu.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Norazam Khamis berkata penangguhan itu ekoran tiada penemuan baharu di lokasi di mana mangsa dikatakan terjatuh sepanjang operasi SAR dijalankan, melibatkan pencarian sejauh tiga batu nautika meskipun menggunakan pelbagai kaedah termasuk jaring.

“Lagipun setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat mengenai kehilangan ahli keluarga oleh mana-mana pihak. Pun begitu, kami dalam mood standby di dua balai iaitu Teluk Kemang dan Port Dickson jika menerima apa-apa maklumat selepasini.

“Seramai 30 anggota dan pegawai ditempatkan di dua balai berkenaan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Operasi SAR sepanjang tiga hari itu turut melibatkan pasukan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Majlis Perbandaran Port Dickson, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Kelab Radio Amatur.

Mangsa dilaporkan terjatuh ke laut ketika mengendalikan peluncur layar pada kira-kira 11 pagi pada Sabtu lepas oleh orang ramai yang kemudiannya menghubungi bomba.


Dalam pada itu, Norazam menafikan bahawa panggilan yang dibuat oleh orang ramai ketika hari kejadian adalah palsu.

“Tidak palsu…kejadian itu memang ada dan ada saksi yang nampak…ketika kejadian mangsa dikatakan jatuh di pulau Bagan Pinang yang boleh sampai dengan berjalan kaki sahaja.

“Kami syak mangsa mungkin selamat dan telah pun naik ke darat…pun begitu kami akan standby dan terus ke lokasi kejadian sekiranya mendapat maklumat baharu,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori