Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Piala Dunia FIFA 2018...

PUTRAJAYA - Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung pertandingan bola...

Indonesia Kecoh Isu Bikini...

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia kini dilaporkan dalam keadaan dilema menerima kehadiran VietJet...

Dituduh ‘Playboy’, Zul...

PELAKON kacak Zul Ariffin yang semakin meningkat popularitinya selepas memegang watak utama dalam drama...

Pendatang Yahudi Musnahkan Pokok...

PENDATANG haram Yahudi merosakkan berpuluh batang pokok zaitun milik Palestin di kampung Turmusayya,...

Operasi SAR Peluncur Layar Jatuh Laut Diteruskan Hari Ini

SEREMBAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang peluncur layar atau paraglider yang dilaporkan terjatuh ke dalam laut di Pantai Batu 1, Port Dickson dua hari lepas, diteruskan hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Kamil Abd Jabbar berkata fasa pertama operasi SAR bermula kira-kira 7 pagi ini di kawasan kira-kira 500 meter dari pesisiran pantai.

“Kita sekarang memasuki fasa pencarian kedua iaitu bermula dari hujung Port Dickson Waterfront hingga hujung Tanjung Tuan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Katanya semalam operasi SAR bermula 11 pagi dan berakhir kira-kira 9 malam berikutan keadaan cuaca gelap serta berombak dan disambung semula pagi ini.


Operasi SAR hari ini melibatkan 72 pegawai dan anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Majlis Perbandaran Port Dickson, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Kelab Radio Amatur, katanya.

Mangsa dilaporkan terjatuh ke laut ketika mengendalikan peluncur layar pada kira-kira 11 pagi oleh orang ramai yang membuat panggilan kecemasan kepada bomba. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori