Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Pastikan Rumah PPR Sentiasa...

PETALING JAYA - Rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) perlu sentiasa dipantau dan diselenggara...

Kapal LCS: Tambahan RM2...

KUALA LUMPUR : Pertambahan peruntukan tambahan RM2 bilion bagi projek kapal tempur pesisir...

Kebolehpasaran TVET Lebih Tinggi...

KUALA TERENGGANU - Kebolehpasaran lulusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) lebih...

Yew Yin Menyesal Hina...

KUALA LUMPUR – Setelah menerima kritikan bertalu talu, ahli perniagaan terkenal, Koon Yew...

Paip Pecah Punca Gangguan Bekalan Air Sementara

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Jalan Ipoh mengalami gangguan bekalan air sementara, susulan paip air pecah berhampiran Masjid Batu 5, Taman Kok Lian, Jalan Ipoh, di sini.

Ketua Komunikasi Korporat, Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan dan bekalan air di kawasan terlibat dijangka pulih secara berperingkat selepas pukul 12 tengah hari ini.

Kawasan-kawasan yang terlibat ialah Jalan Ipoh Batu 3 hingga Batu 5, Taman Dato Senu, Taman Pelangi, Kampung Perwira, Jalan Kepong Lama, Taman Batu, sebahagian Jalan Sentul dan Taman Sentul Jaya.

Kampung Chempedak, Jalan Bandar Dalam, Kampung Chubadak, Taman Kok Lian, Batu Settleman, Kampung Sri Batu, Taman Kaya, Taman Rainbow, Taman Eastern, Kampung Medan Wira Utama, Taman Impian, Taman Bamboo, Taman Tasik Indah, Taman Flora Impian dan sebahagian Segambut turut terjejas.


Pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja-kerja pembaikan melalui aplikasi telefon bimbit pintar ‘mySYABAS’ dan www.syabas.com.my. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori