Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Adik Kelar Leher Kakak...

KEJAM…seorang wanita telah bertindak kejam dengan membunuh kakak kandungnya sendiri dan turut memotong...

Calon SPM Tak Sempat...

KUALA KANGSAR - "Sebelum dimasukkan ke wad minggu lalu, bapa sempat berpesan supaya...

PRN: Ceramah Presiden SUPP...

KUCHING - Di sebalik tohmahan buruk oleh pihak pembangkang konon Presiden SUPP, Datuk...

Nelayan Dinasihati Jangan Rakus...

KUANTAN - Sikap rakus segelintir nelayan yang mengaut hasil laut dengan menggunakan peralatan...

Pakatan Bantah RUU355 Bimbang Umat Islam Bersatu

KUALA LUMPUR – Usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah sedang menyatukan umat Islam negara ini.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, usaha itu telah menyebabkan PAS dan UMNO menunjukkan kesungguhan untuk menjadikan hasrat tersebut satu kenyataan.

“UMNO dan PAS saling menunjukkan kesungguhan untuk menjadikannya satu kenyataan dan menganggapnya sebagai satu langkah ke depan ke arah mengukuhkan Islam di dalam negara.

“Badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam juga menyatakan sokongan yang besar,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Nik Mohamad Abduh bagaimanapun menyatakan kekesalan kerana sebahagian pihak menentang secara keras manakala sebahagian yang lain mencipta halangan dengan perbahasan-perbahasan teknikal ke atas usaha tersebut.

Kata beliau, penentangan itu menjadi hujah besar dan kekuatan kepada golongan anti Islam dan anti penyatuan umat Islam di dalam negara untuk menolak RUU355 yang akan dibentangkan nanti.

Usaha PAS untuk memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah melalui RUU355 mendapat tentangan hebat parti-parti komponen Pakatan Harapan kerana mendakwa ia strategi PAS untuk melaksanakan hukum Islam hudud di Malaysia.


Pemimpin DAP mendakwa hudud yang dicadangkan PAS bercanggah dengan Perlembagaan Negara, perundangan lapuk dan ketinggalan zaman malah akan mengundang bias kepada golongan lemah terutama kaum wanita.

Bagi pemimpin Parti Amanah Negara (PAN), RUU355 yang menimbulkan banyak kekeliruan dan keresahan dalam kalangan bukan Islam di negara ini merupakan propaganda politik PAS.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula menyifatkan RUU355 yang diusulkan PAS di Parlimen itu sangat membimbangkan terutama berhubung skop hukuman ke atas pesalah syariah yang perlu diambil kira dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori