Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Pembangunan Atas Bukit Diluluskan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerima 30 permohonan pembangunan...

Kerajaan Selangor Berfungsi Seperti...

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Selangor tidak terjejas ekoran tindakan Majlis Syura Ulama...

Badang Memang Wujud, Tidak...

KESAN tinggalan dan bukti yang boleh dikaitkan dengan kekuatan Badang di Kampung Orang...

Bernas Bersedia Jika Monopoli...

KUALA LUMPUR - Padiberas Nasional Berhad (Bernas) sedia bekerjasama dengan kerajaan bagi mencari...

Gembira PAS Tak Kerjasama Dengan UMNO

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan menyambut baik pendirian PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) seperti diumumkan Ketua Pengarah Pilihan Rayanya, Datuk Mustafa Ali.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan yang juga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Abdullah berkata, Pakatan Harapan turut menyambut baik bahawa PAS sedia untuk berbincang dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Mustafa Ali di program PAS yang dihadiri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi, dalam ucapannya menyatakan bahawa PAS tidak akan bersama UMNO. Beliau berkata PAS sedia berbincang dengan Bersatu dan PKR.

“Saya anggap ini satu perkembangan positif ke arah pembentukan gabungan pembangkang yang lebih kuat bagi mewujudkan “satu lawan satu” antara gabungan pembangkang melawan Barisan Nasional (BN) dalam PRU14,” katanya dalam satu kenyataan ini.

Saifuddin berkata, oleh kerana pembangkang telah sedia ada Pakatan Harapan, maka kenyataan oleh PAS itu bermakna parti-parti pembangkang semakin rapat ke arah “satu lawan satu” dengan Barisan Nasional.

PKR sebelum ini berusaha memujuk PAS kembali bekerjasama selepas menyingkirkan parti itu daripada gabungan parti pembangkang pada tahun lalu.


Permintaan itu dibuat berikutan PKR berasa bimbang akan kehilangan undi ahli dan penyokong PAS yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu.

Ia ekoran penganjuran demonstrasi jalanan 4.0 pada tahun lalu menyaksikan kurang kaum Melayu menyertai perhimpunan haram tersebut selepas PAS diketepikan Pakatan Harapan.

Langkah PKR itu bagaimanapun ditentang oleh DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) yang berpendapat Pakatan Harapan akan tetap berjaya merampas pemerintahan negara tanpa PAS. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori