Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Banjirkan Terowong Kekang Kegiatan...

SINAI - Tentera Mesir membanjirkan terowong yang didakwa digunakan untuk menyeludup di sempadan...

Gaji Ahmad Faizal Penasihat...

KUALA LUMPUR - Pendapatan Penasihat Khas bekas Perdana Menteri bertaraf Menteri Datuk Seri...

“Ramai Salahkan Saya” –...

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan ramai Ahli Parlimen menyalahkan dirinya...

Tawaran Live On Air...

SETELAH mendapat tempahan lebih 200 usahawan kecil dengan nilai iklan melebihi RM1 juta, Projek...

Pakistan Mara Ke Separuh Akhir, Tewaskan China 4-0

KUANTAN – Juara bertahan, Pakistan melengkapkan slot empat pasukan mara ke separuh akhir Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016 selepas menumpaskan China 4-0 di Stadium Hoki Kuantan di sini, malam ini.

Pakistan mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mengutip sembilan mata daripada lima perlawanan pusingan awal.

Pada perlawanan terdahulu, Pakistan tewas 2-4 kepada Malaysia, menang ke atas Korea Selatan 1-0, tumpas 2-3 kepada India dan mengalahkan Jepun 4-3.

Dalam perlawanan malam ini, Pakistan berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-21 melalui Abdullah Khan yang menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti dan kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada babak kedua perlawanan, Abdullah Khan sekali lagi bertindak cemerlang apabila menjaringkan gol padang untuk menewaskan penjaga gol China, Wang Hongyu pada minit ke-31.


Ali Shan turut menempatkan dirinya dalam senarai penjaring apabila menyumbat masuk gol ketiga Pakistan pada minit ke-48 melalui gerakan gol padang.

Belum pun sempat China memperkemaskan permainan, Muhammad Ifran pantas menghukum kesilapan benteng pertahanan lawan apabila menyumbat masuk gol keempat Pakistan, juga pada minit ke-48 menerusi gol padang.

Kedudukan 4-0 itu kekal sehingga tamat permainan walaupun China berusaha untuk mengurangkan defisit jaringan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • hoki

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori