Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bina Stadium RM70 Juta...

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor awal tahun ini dengan penuh...

Tiga Kes Baharu COVID-19,...

KUALA LUMPUR - Kes COVID-19 hari ini mencatatkan satu angka dengan tiga kes...

Sasaran Malaysia Layak Ke...

KUALA LUMPUR - Misi skuad hoki wanita negara belum selesai selepas mengesahkan tiket...

Mesyuarat Khas PRN Melaka...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat khas berkaitan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15...

Pamer Plat Palsu, Kelindan Lori Didenda RM5,500

KUALA LUMPUR – Seorang kelindan lori didenda RM5,500 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Trafik, di sini, hari ini kerana mengubah nombor pendaftaran pada motosikal miliknya, September lepas.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menjatuhkan hukuman itu ke atas Aiman Azri Zainuddin, 20, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mengubah nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan yang dinaikinya iaitu motosikal jenis Yamaha 135LC berwarna hitam.

Aiman Azri didakwa melakukan kesalahan itu dengan mempamerkan nombor pendaftaran palsu iaitu WSF527 di Jalan Raja Laut, di sini, pada 11.30 malam, 9 September lepas.

Dia didakwa di bawah Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Trafik Inspektor Hashimah Hashim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman yang ringan dengan alasan dia telah insaf.


Mengikut fakta kes, ketika sepasukan polis membuat sekatan jalan raya di Jalan Raja Laut, di sini, telah menahan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC dalam keadaan mencurigakan.

Selepas semakan dibuat didapati nombor pendaftaran asal motor tersebut adalah WSF1527. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • plat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori