KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak mengalu-alukan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Perak.
Naib Pengerusinya, Dr. Muhaimin Sulam berkata, beliau percaya PAN akan mendapat kerjasama daripada PPBM bagi menumbangkan UMNO.
“PPBM yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyidin Haji Yassin mampu memberikan impak besar politik di Perak khasnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Muhaimin berkata, PAN Perak akan duduk semeja dengan parti politik lain bagi berdepan dengan parti Melayu UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Justeru, katanya, kehadiran PPBM akan mengukukuhkan muafakat untuk melihat ‘satu lawan satu’ dengan BN akan tercapai.
“PAN Peram bersedia berbincang dengan PPBM bagi mencapai hasrat tersebut,” katanya.
PPBM ditubuhkan oleh Mahathir dan Muhyiddin selepas usaha mereka untuk menggulingkan Presiden UMNO sejak tahun lalu menemui jalan buntu.
PPBM diwujudkan bagi menjalinkan kerjasama dengan parti pembangkang pula termasuk DAP untuk menumbangkan UMNO yang merupakan parti terbesar kaum Melayu negara ini. – MYNEWSHUB.CC