Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

16,117 Kes Baharu COVID-19...

PUTRAJAYA - Kes harian COVID-19 di negara ini kekal lima angka sejak kali...

Bumi Pahang ‘Menangis’

KUANTAN - Bumi Pahang seakan 'menangis' menyambut kepulangan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad...

SENIMAN Saran Artis Lapor...

KUALA LUMPUR - Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) menyarankan para artis dan penggiat seni...

Pesakit Nyanyuk Bakar Hospital...

SEOUL – Seorang lelaki berusia 82 tahun yang menghidap penyakit demensia atau pelupa...

PAN Pelawa Bekas Pengarah JAIPk Jadi Calon

KUALA LUMPUR – Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Perak mahu bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Sheikh Mohd. Nor Mansor menjadi calon parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Setiausahanya, Safarizal Saleh berkata, Sheikh Mohd. Nor yang juga Tokoh Maal Hijrah 2012 berkelayakan untuk menjadi calon PAN malah pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.

“Pemuda PAN Perak meminta pimpinan utama PAN Perak menimbangkan beberapa orang bekas pegawai kerajaan diketengahkan sebagai calon PRU14.

“Antara yang dilihat berpotensi adalah bekas Sheikh Mohd. Nor yang boleh dicadangkan kerana kelayakan beliau yang juga pernah menjadi calon pilihan raya dahulu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Safarizal berkata, Pemuda PAN Perak sedia maklum tentang tahap kesihatan bekas Pengarah JAIPk itu, tetapi masih bersemangat dan beriltizam walaupun menggunakan kerusi roda.

Justeru, kata beliau, pihaknya memohon dipertimbangkan cadangan itu dan berharap tindakan susulan dapat diambil serta mengadakan perbincangan dengan beliau dan ahli keluarganya. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori