Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hilang Sabar, Isteri ‘Lelong’...

MUNGKIN kerana terlalu geram dengan perangai suaminya, seorang wanita bertindak melakukan sesuatu yang...

Cuti Bersalin 90 Hari...

KUALA LUMPUR - Berita gembira buat golongan wanita apabila tempoh cuti bersalin dipanjangkan...

‘Insya-ALLAH, Esok Hari Terakhir...

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meletakkan kepercayaan...

Ekspo Muafakat Usaha Kerajaan...

ALOR SETAR - Ekspo Muafakat Kedah yang akan diadakan pada 24 Feb hingga...

Pandai Tebar Roti Canai, Gadis Comel Ini Jadi Popular

SIAPA sangka, di sebalik kecomelan wajah, rupa-rupanya gadis ini mempunyai bakat handal dalam menebar roti canai.

screen-shot-2012-03-30-at-2-23-13-pm

Lebih mengejutkan, usia sebenarnya baru 17 tahun!

Dek kerana itu, Fatin Farhana Mohd Suad menjadi perhatian selepas videonya menebar canai menjadi viral menerusi media sosial.

Kedai dha bukamaii-2 singgah hehe❤️Muahhsikit

A video posted by Fatin Kecik (@fatin744) on

Dalam pada itu, Fatin akui dahulunya dia pernah putus asa apabila roti canai yang ditebarnya tidak lembut.

Namun, setelah tiga hari mencuba barulah roti ditebarnya lembut, sama seperti yang ditebar ibunya, Rosmawati Che Omar, 42.

“Ibu mengajar saya menebar roti canai dan dia (ibu) pesan pergerakan tangan dan tapak tangan mesti lembut untuk memastikan roti sedap. Kalau kasar, tak menjadi.


“Percubaan pada hari pertama dan kedua gagal kerana roti canai ditebar tidak lembut. Saya fikir nak bantu ibu, saya cuba lagi dan Alhamdulillah hari ketiga berjaya,” katanya kepada Harian Metro.

Pada masa sama, anak keempat daripada lima beradik ini akui bersyukur kerana ‘tuah’ viral tersebut membuatkan ramai pelanggan mengunjungi gerai ibunya yang dikenali sebagai gerai ‘Kak Ita Corner’ di Jalan Bruseh, Bidor, Perak.

“Kami hanya menumpang berniaga di gerai kawan ibu sebab gerai kami dirobohkan bulan lalu.

“Alhamdulillah, berniaga di gerai baru dapat sambutan apatah lagi selepas gambar dan video saya menebar roti canai ‘viral’,” katanya

Kata Fatin, dia membantu ibunya  di gerai itu pada setiap hujung minggu bermula 5 petang hingga 12 tengah malam. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori