Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Video Lucah Aiman Tino...

KUALA LUMPUR - Berita penularan video lucah dalam kalangan selebriti tempatan seakan menjadi...

Kerajaan Negeri Nafi Beri...

IPOH - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menafikan penularan...

Israel Larang Pelancong Indonesia...

TIDAK cukup dengan kekejaman dilakukan ke atas penduduk Palestin, Israel cuba membangkitkan kemarahan...

Malaysia Simpati Kematian Kayla...

KUALA LUMPUR - Malaysia bersimpati dengan nasib warga Amerika Syarikat (AS), Kayla Mueller...

Panduan Perjalanan Zika Amalan Biasa – Wisma Putra

PUTRAJAYA – Kementerian Luar melihat pengeluaran panduan perjalanan berkenaan dengan virus Zika kepada rakyat agar lebih berhati-hati semasa ke luar negara adalah amalan biasa bagi semua negara, termasuklah Amerika Syarikat.

Menurut kenyataan daripada kementerian, ia mengambil maklum panduan perjalanan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat di sini pada 3 Okt lalu kepada rakyat Amerika.

Panduan perjalanan itu dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) pada 29 Sept lalu berkaitan dengan virus Zika.

CDC menyarankan wanita mengandung atau sedang merancang untuk mengandung supaya mempertimbangkan penangguhan perjalanan ke 11 negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia.


“Pihak kementerian melihat panduan perjalanan ini bertujuan agar rakyat Amerika lebih berwaspada dan mempunyai maklumat sebelum membuat pilihan,” katanya.

Kementerian Luar berkata bahawa kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi membendung virus Zika agar tidak merebak ke seluruh negara. -BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori