Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

ECER Tarik Pelaburan Swasta...

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM84 bilion pelaburan swasta berjaya ditarik ke Wilayah Ekonomi...

Janda Sudah Bertunang Ditangkap...

ALOR SETAR - Seorang wanita yang sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan tidak...

Lama ‘Hilang’, Iqram Kini...

SETELAH beberapa ketika dirinya dibayangi dengan kontroversi hangat, kini pelakon Iqram Dinzly berasa...

Warga Afrika Didakwa Kes...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan warga Afrika mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Buktikan Dara Sebelum Masuk Universiti!!!

KAHERAH: Ahli politik kontroversi Mesir, Elhamy Agina mengcadangkan kaum wanita yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti agar menjalani bagi memstikan diri mereka masih dara.

Kenyataan itu dibuat tidak lama selepas Agina mengatakan bahawa kaum perempuan harus menjalani mutilasi kemaluan untuk “mengurangkan keinginan seksual” kerana lelaki Mesir “lemah syahwat”.

“Mana-mana wanita yang ingin melanjutkan pelajaran di universiti akan wajib menjalani pemeriksaan perubatan untuk membuktikan bahawa dia masih perawan,” kata Agina kepada akhbar Youm 7.

“Oleh itu, setiap ‘Cik’  harus hadir dengan dokumen rasmi yang mengesahkan status dara mereka sebelum diterima masuk ke institusi pengajian tinggi.”

“Tiada siapa yang perlu berasa terkesan dengan keputusan ini,” tambahnya lagi.

2bf64ff8-1772-44ce-9caf-b30f76d6a53e_16x9_788x442
Penguatkuasa undang-undang Mesir,Elhamy Agina.

Penggunaan gelaran ‘Cik’ oleh Agina itu difahami secara meluas oleh rakyat Mesir sebagai wanita yang masih perawan, dan netizen mengambil langkah untuk ‘menghentam’ lelaki itu di Twitter dan Facebook selain menggesa agar tindakan wajar dikenakan keatasnya.

Agina yang juga ahli jawatankuasa hak asasi manusia di Parlimen Mesir telah memberitahu media negara itu, Youm 7 bahawa ujian keperawanan akan membantu untuk menurunkan bilangan “perkahwinan Urfi” atau perkahwinan adat yang tidak didaftar dan hanya memerlukan dua orang saksi.

Perkahwinan Urfi selalunya diadakan tanpa pengetahuan keluarga kedua-dua belah pihak dan telah menjadi semakin popular dalam kalangan generasi muda di Mesir yang mahu mengelak daripada kos perkahwinan yang tinggi.


Selain itu, perkahwinan jenis itu dibuat sebagai jalan mudah untuk melakukan seks tanpa zina.

Seterusnya, di dalam temu bualnya bersama Youm 7 itu lagi, Agina menggesa pembuat undang-undang, media dan pegawai universiti untuk menyokong cadangan ujian dara tersebut.

Beliau juga menuntut Kementerian Pengajian Tinggi Mesir untuk melantiknya, atau para pegawai yang menyokong saranannya, mengetuai prosedur menyemak kesemua ujian dara yang diterima sebelum memberikan pelajar perempuan kad pengenalan universiti mereka.

Ini bukanlah pertama kali Agina membuat kenyataan berbaur kontroversi.

Beliau telah menyatakan secara terang-terangan bahawa mangsa tragedi bot karam di teluk Mesir yang dinaiki pendatang untuk ke Itali minggu lalu “tak layan menerima simpati” kerana mereka berpindah secara haram untuk “memenuhi fantasi tanpa jaminan”, menurut akhbar Egyptian Streets.

Lebih daripada 200 orang termasuk kanak-kanak, wanita dan belia mati dalam kejadian itu.-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori