Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Suami Adira Cadang Tambah...

MUNGKIN tidak 'puas' lagi dengan dua orang isteri, suami kepada penyanyi Adira iaitu...

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes...

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan ditahan berkaitan penyebaran surat palsu yang menggunakan...

Respon Terhadap Artikel ‘265...

Semalam kami ada siarkan artikel bertajuk 265 Hadis Palsu Dikesan Dalam Kitab Popular...

4 Anggota Perhilitan Ditahan...

KUALA TERENGGANU - Empat anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)...

Parti Baharu Shafie Tak Ganggu Kekuatan Umno, BN

KOTA KINABALU – Parti Warisan Sabah, yang penubuhannya diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 13 Okt lepas, tidak sedikit pun mengganggu kekuatan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Sabah.

Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia Datuk Zulkarnain Mahdar berkata malah, penubuhan parti baharu itu yang diterajui Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dilihat sebagai kelebihan buat UMNO dan BN di negeri ini.

“Parti yang terjejas dengan tindakan Shafie adalah PKR dan DAP kerana hampir semua pemimpin tertinggi parti pembangkang itu meninggalkan parti dan menyertai Shafie selain ada yang turut menubuhkan parti baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Mohd Shafie yang juga bekas naib presiden UMNO, mengumumkan Parti Warisan Sabah sebagai nama baharu parti itu bagi menggantikan nama Parti Pembangunan Warisan Sabah, yang ditubuhkan pada 2013.

Kelulusan nama dan logo baharu parti itu, yang diambilalihnya pada 22 Sept lepas, diperoleh daripada ROS.


Zulkarnain, yang juga Pengerusi NGO Pro BN, berkata Mohd Shafie dilihat cuba menjadi juara bagi rakyat Sabah namun beliau terlupa kesilapannya kepada rakyat Sabah ketika memegang jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Beliau mendakwa Mohd Shafie gagal menggalas tanggungjawab dalam menyelesaikan isu kemudahan infrastruktur seperti jalan dan bekalan elektrik untuk rakyat Sabah ketika menyandang jawatan itu.

“Justeru itu, tindakan Mohd Shafie yang kononnya ingin bersuara bagi pihak rakyat Sabah sebenarnya sekadar retorik dan hanya mahu melepaskan dendam terhadap BN di Sabah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori