Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tsunami Selat Sunda: Korban...

ANGKA korban terkini tsunami Selat Sunda mencecah 222 nyawa, menurut pihak berkuasa Indonesia...

Penjawat Awam Terkandas Di...

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak menerima aduan...

Jabatan Imigresen Tahan 18...

TAWAU - Jabatan Imigresen Tawau menahan 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam...

Negara Islam Harus Terus...

KUCHING - Malaysia menyeru negara Islam agar terus memberi komitmen dalam menangani keganasan,...

PAS Optimis RUU 355 Akan Dibentang Sidang Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – PAS tetap optimis dan menaruh harapan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) akan dibentangkan dan dibahas sebelum sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung berakhir tiga minggu lagi.

Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata ini kerana usul RUU itu sudah disenaraikan dalam kertas perintah Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said semalam bahawa beliau tidak pasti jika ada masa bagi RUU Persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Beliau (Azalina) memberikan pendapatnya tetapi ia bukan keputusan Parlimen. Itu hanya pendapat beliau dan kami ada pendapat kami. Kami juga akan berunding lebih lanjut dengan pihak Parlimen.

“Jadi jika kami kesuntukan masa, apa boleh buat, kami akan tunggu sidang akan datang. Kami mengharapkan yang terbaik,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Ditanya sama ada wujud sebarang rundingan politik dalam usaha untuk membentangkan usul itu, anggota Parlimen Kota Bharu itu berkata: “Kami berurusan dengan kerajaan dan Parlimen untuk membolehkan usul kami dibentangkan. Ia bukannya rundingan politik.”


RUU itu bertujuan meminda Seksyen 2 akta itu bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam, dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1, Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A, iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.

Abdul Hadi pada Mei mengesahkan RUU itu bertujuan untuk memperluaskan lagi skop hukuman yang boleh dikenakan oleh Mahkamah Syariah dan bukan bermaksud untuk memperkenalkan hukum hudud di Kelantan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori