Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

VIDEO: Beza Cara Trump...

WASHINGTON DC - Meskipun sudah empat hari Donald Trump secara rasminya ditabalkan sebagai...

DAP Kaji Islam Indonesia:...

SECARA sinis, DAP membangkitkan isu lawatan ke Indonesia sebagai inisiatif parti itu untuk...

Donut Yang Gebu Gebana

Bahan-bahan:500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum 1 peket yis segera-11gram 50g marjerin/mentega 1 sudu besar (penuh) shortening 2...

Dr. Mahathir Alami Sindrom...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sebagai pemimpin...

PAS Sambut Baik Anugerah Maal Hijrah Buat Haron Din

KUALA LUMPUR – PAS menyambut baik penganugerahan khas Maal Hijrah sempena Sambutan Maal Hijrah Tahun 1438 oleh kerajaan Persekutuan kepada Allahyarham Datuk Dr. Haron Din baru-baru ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, penganugerahan itu satu pengiktirafan kepada jasa besar bekas Mursyidul Am PAS itu dalam bidang ekonomi Islam, pendidikan, perubatan Islam, dakwah dan jihad fi Sabilillah.

“Sesungguhnya ia satu pemilihan yang tepat, penghargaan yang wajar dan pengiktirafan yang selayaknya terhadap perjuangan dan kepimpinan Al Marhum,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Nasrudin berkata, perjuangan dan kesungguhan Haron Din dalam memartabat syariah di tanah air seharusnya menjadi ikutan dan panduan oleh seluruh masyarakat Islam.

“Benarlah, bukan kita yang memulakan dan mengakhiri perjuangan ini, bahkan kita hanya penyambung mata rantai perjuangan,” katanya.


Haron Din yang juga Murysidul Am PAS meninggal dunia akibat mengalami masalah jantung ketika menerima rawatan di luar negara.

Kematian beliau bagaimanapun dipersendakan oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan dengan pelbagai kenyataan biadap.

Kebiadapan itu termasuk seorang pemimpin DAP mengucapkan perkataan “Adios” diatas kematian Haron Din di media sosial. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori