Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

UMNO Tak Pernah Berhasrat...

SHAH ALAM - UMNO menegaskan bahawa parti itu tidak pernah berhasrat memasuki Sarawak.Presidennya,...

APMM Selamatkan 11 Pelancong...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu berjaya menyelamatkan 11...

Kokurikulum Bantu Pelajar Hindari...

KOTA BHARU - Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum terutama dalam pasukan badan beruniform...

Bekas Banduan Didakwa Ragut...

KUALA LUMPUR – Baru saja dibebaskan dari penjara enam bulan lepas, seorang bekas...

Pasangan Cilik Baru Berusia 11 & 12 Tahun Ditunangkan

SEORANG bapa, Nasser Hassan menerima kecaman ramai selepas dia mengumumkan pertunangan anak perempuannya yang baru berusia 11 tahun, Gharam, dengan anak saudaranya yang berusia 12 tahun di Mesir baru-baru ini.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Nasser pada majlis perkahwinan mewah anak sulongnya.

Sebaik sahaja Gharam diumumkan bertunang dengan Omar, tetamu yang hadir tidak berkelip mata, tanda terkejut.

Undang-undang di Mesir tidak membenarkan perkahwinan di bawah usia 18 tahun.

Sebaik sahaja gambar-gambar pasangan cilik itu disiarkan oleh media tempatan, orang ramai meluahkan kejutan dan kemarahan kepada Nasser.

Namun lelaki itu mempertahankan perbuatannya yang menyatakan, ia hanya sekadar pertunangan, bukannya perkahwinan.

Manakala bapa Omar pula menyokong pengumuman Nasser itu dan memberitahu tiada apa yang salahnya dengan perkara berkenaan.


“Omar sentiasa menyayangi Gharam dan dia selalu menyatakan akan mengahwininya apabila mereka besar nanti sebelum lelaki lain melamar Gharam.

“Mereka akan berkahwin sebaik sahaja mencecah usia yang dibenarkan untuk berkahwin,’’ katanya.

Dalam pada itu, sebuah NGO, Pusat Kaunseling Dan Perundangan Wanita telah melaporkan perkara berkenaan kepada polis dan meminta agar insiden terbabit disiasat.

“Pertunangan berkenaan hanya akan membawa kepada perkahwinan pada usia muda di mana gadis terbabit akan dinafikan haknya untuk pendidikan, pembesaran dan akan terpisah dengan kehendak sosialnya,’’ kata ketua pusat terbabit, Reda Eldanbouki. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori