Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Loji Kumbahan RM521j ‘Ganti’...

KUANTAN - Sebuah loji rawatan kumbahan serantau berteknologi tinggi bernilai RM521 juta bakal...

Makan Malam Jadi Majlis...

PUTRAJAYA - Penganjuran majlis makan malam bertemakan Wawasan Kemakmuran Bersama oleh beberapa kepemimpinan...

Bunyi Kren Tumbang Seakan...

KUALA LUMPUR - “Saya terdengar bunyi dentuman kuat seakan bunyi guruh sebelum melihat...

Michael Owen Tak Lokek...

SHAH ALAM - Legenda bola sepak England, Michael Owen tidak lokek berkongsi pengalamannya...

Pastikan Pesakit Mental Ambil Ubat Ikut Jadual

ALOR SETAR – Pastikan pesakit mental mengambil ubat mengikut jadual dan dosis yang telah ditetapkan bagi mengelak mereka daripada bertindak ganas di luar kawalan.

Demikian nasihat Pakar Perunding Psikiatri Universiti Malaya, Prof Madya Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari kepada pihak-pihak tertentu terutama keluarga berkenaan.

Dr Muhammad Muhsin berkata, kebanyakan pesakit mental di negara ini menepati temu janji dengan doktor namun tidak mematuhi jadual pemakanan ubat.

“Pengambilan ubat perlulah mengikut apa yang disarankan oleh doktor yang meliputi jenis ubat, kuantiti, dan waktu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Namun Dr Muhammad Muhsin berkata isu utama yang sering berlaku ialah apabila keluarga tidak mengawasi dan menyelia pengambilan ubat oleh ahli keluarga pesakit mental.

“Harus diingat kesan apabila mereka tidak mengambil ubat ini bukannya dalam tempoh pendek, namun jangka masa panjang iaitu apabila mereka mula bertindak ganas seperti membunuh dan mencederakan orang,” katanya.

Beliau memberikan nasihat itu ekoran beberapa insiden tragis melibatkan kecederaan dan kematian oleh ahli keluarga sendiri yang juga merupakan pesakit mental yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini.


Semalam, seorang lelaki pesakit mental membunuh ibu saudara dan adik lelakinya yang lumpuh dalam kejadian amuk di Kampung Lanai, Kupang, Baling.

Ogos lalu, seorang nenek dipenggal kepalanya oleh cucunya yang juga pesakit mental di Felda Penggeli Timur, Kota Tinggi Johor, dan dua bulan sebelum itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dikelar ayahnya yang mengalami kemurungan, di Kampung Tengah, Kodiang, Kedah.

Dr Muhammad Muhsin turut menasihatkan keluarga agar tidak terlalu bertoleransi terhadap pesakit mental dengan tidak membawa mereka berjumpa doktor, sebaliknya mengurung mereka di dalam rumah.

“Malah ada yang membawa pesakit menjalani rawatan alternatif seperti berjumpa bomoh, dan menganggap pesakit diganggu makhluk halus serta mempunyai saka,” katanya.

Sekiranya melihat tanda-tanda seperti perubahan kelakuan atau kemurungan pada ahli keluarga katanya, keluarga perlulah segera membawa berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan sewajarnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori