Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Campak Mayat Kekasih Dalam...

LONDON - Seorang lelaki didapati bersalah membunuh kekasihnya yang juga penulis novel remaja...

729 Pengawal Keselamatan Warga...

KUALA LUMPUR - Seramai 729 warga asing ditahan dari 1 November 2013...

BN Sedia Berdepan Siapa...

KEPALA BATAS - Barisan Nasional (BN) tidak gentar untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja pada pilihan raya umum...

Peminat Gigih Mahu Jodohkan...

TERASA bagai drama pula apabila membaca kisah pelakon kacak Fahrin Ahmad menerusi Berita...

PBK Belum Mungkin Kerjasama PPBM Pada PRU14

SIBU – Parti Bumi Kenyalang (PBK) belum ada sebarang kemungkinan untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Setiausaha PBK cawangan Lanang, Frankie Anong berkata ini kerana secara prinsipnya, perjuangan kedua-dua parti itu adalah berbeza dan dilihat tidak relevan dengan perjuangan PBK.

“Kami memperjuangkan mengenai hak-hak rakyat Sarawak yang semakin terhakis sejak Perjanjian Malaysia 1963. Kami ingin memberi kesedaran mengenai sejarah Sarawak, yang merupakan sebuah negara sebelum pembentukan Malaysia,” katanya pada sidang media mengenai penubuhan PBK cawangan Lanang di sini hari ini.

Menurut Frankie, keputusan untuk meletakkan sebarang calon bagi PRU14 juga akan dibuat selepas penubuhan dua lagi cawangan bagi parti yang baru berusia lebih tiga tahun itu.


PBK yang mempunyai anggota seramai lebih 600 orang di seluruh Sarawak akan menubuhkan cawangan Miri selain Lanang, dan Sarikei yang ditubuhkan sejak Ogos lalu.

Pada masa ini, tumpuan utama PBK adalah untuk merekrut seramai mungkin anggota baharu khususnya dalam kalangan generasi muda. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PBK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori